BLOG bukan sahaja sangat mudah untuk dihasilkan, malah ia boleh menjadi sumber pendapatan sampingan anda. Pendapatan sampingan yang boleh dilakukan secara “part-time” ini boleh menambah duit simpanan anda, menolong membayar bil-bil anda, duit rumah, kereta mahupun untuk tabungan pendidikan anak-anak. Tambahan pula, kos sara hidup juga semakin meningkat, lebih-lebih lagi kepada mereka yang menetap di kota. Tak kira lelaki ke atau perempuan. Tapi kebanyakkannya awek-awek yang rajin berblog. Macam ayat manis je kan?
Tapi kena ingat, mahu menambah pendapatan melalui blog, laman web anda itu perlukan pengunjung yang ramai. Teknik yang akan saya tunjukkan ini sangat tidak berkesan jika anda melakukan penipuan. Ada pekara yang perlu anda tahu dalam tip menarik pengunjung datang ke blog. Jadikan blogging sebagai santai je sambil goyang kaki atas katil, hanya untuk suka-suka je. Tujuannya supaya tak kecewa sebab kebanyakan anda selalu terpedaya dengan janji manis memperoleh keuntungan dengan cepat. Jangan terlalu cepai ghairah. Teknik yang saya akan tunjukkan atau kongsi bukan seperti skim cepat kaya atau sistem piramid.
ASAS MENARIK PENGUNJUNG MEMBACA BLOG
1. SEO - Tahukah anda apa S.E.O. Ianya hanya mainan bloggers agar mendapat tempat dalam rating Robot Google. Macam robot dalam cerita AI (Artificial Intelligence) Ianya akan menyusuri semua artikel dalam internet untuk penyenaraian dalam barisan search ... Yang mendapat kunjungan dan mempunyai aktiviti tertinggi (high pageview) akan terdahulu pada hurup G ....oooogle dan seterusnya. Jadi macamana nak teratas, anda perlulah membuat artikel yang unik dan terhangat di pasaran. Tapi kalau nak mengejar rating sangat memerlukan komitment yang tinggi... senang belajar buat blog dari contoh-contoh blog yang ada dan rajin berblogging serta menambah artikel di blog.
2. Domain - Domain google menyediakan platform free untuk anda. Tapi jika anda mahu menukar namablog.blogspot.com kepada namablog.com perlulah ada sedikit duit dengan membeli DOMAIN. Ini penting kerana Sepengetahuan saya apabila anda mempunyai domain sendiri, googlebot tadi sangat aktif melihat dan megintai blog aktif. Tapi syaratnya blog anda aktif. Tapi tak salah kalau tak menukar .. tapi dikhuatiri blogspot terminate akaun / akauan diaktivate. Cadangan sentiasalah backup blog anda.
3. SENTIASA KONSISTEN - ramai bloggers tertinggal pekara ketiga ini sebab bosan, rating blog rendah, tak mendapat income menarik. Saya pada mulanya seperti anda, graf pageview sangat rendah. Puas dah baca macam-macam cara nak naikkan rating blog. Tapi dengan usaha berterusan selama 3tahun, barulah pageview meningkat. Perlu ingat, POST / ARTIKEL LAMA ANDA JANGANLAH DI UBAH-UBAH / DIUPDATE. Tambah sahaja artikel baru. Bloggers beginner selalunya akan terjah-terjah blog orang dan meminta-minta trafik, kalau takda chatbox terus blah. Jangan paksa orang. Jangan buat begitu... sebaliknya lawati, kenali blogger lain dan komen. Lambat laun kenalan akan bertambah dan blog anda juga mereka akan terjah untuk membalas komen. Itulah sebabnya artikel mesti fresh dan menarik.
Blog adalah penulisan kreatif dan unik, perlu unsur sabar dan usaha berterusan untuk popular, mendapat tempat dan dikunjungi ramai
Setelah rating anda tinggi dalam google search tinggi, anda dah bersedia menjana wang. Kalau tidak masih boleh diteruskan tapi amgkanya kecil. Jangan mengeluh, teruskan sebab yang bertahan selalunya akan menang. Berikut adalah beberapa teknik yang anda boleh gunakan untuk menjana wang dengan blog:
1. Pengiklanan di blog.
Terdapat pelbagai cara beriklan di blog seperti banner dan iklan teks yang anda boleh lihat di kebanyakan blog. Saya sendiri pun meletakkan iklan di blog saya dan itulah cara pertama saya menjana wang di internet. Namun begitu, untuk pengiklanan yang berkesan, kuncinya adalah pada trafik atau jumlah pelawat blog anda. Semakin ramai pelawat yang datang secara konsisten, maka semakin tinggilah kebarangkalian pelawat untuk meng”klik” iklan-iklan tersebut. Bila trafik ke blog kita tinggi, bolehlah kita mengenakan sewa untuk pengiklanan di blog. Anda boleh tengak contoh di web iluvislam, http://www.iluvislam.com/iklaneka.html
2. Program Google Adsense.
Anda boleh mendaftar akaun Google Adsense di http://www.Google.com/adsense secara percuma. Ianya menggunakan konsep “pay per click”. Setelah mendaftar, anda hanya perlu “copy and paste” kod adsense tersebut di blog anda. Apabila pengunjung klik pada iklan tersebut, anda akan dibayar mengikut harga iklan yang di klik oleh pelanggan. Semakin banyak klik pada iklan ini maka semakin bertambah duit anda. Kuncinya juga sama iaitu trafik mesti mantap. Tapi jangan terus-menerus apply pada google adsense kerana ia akan melihat kepada trafik dalam blog anda. Pastikan tiada unsur penipuan seperti menyuruh pelawat mengklik / membeli trafik. Setakat ini Google Adsense memberikan pendapatan tertinggi dalam sejarah iklan blog sehingga kini.
3. Program Nuffnang
Nuffnang juga adalah sebuah program buat duit berdasarkan pay per click, sama seperti program google adsense. Nuffnang merupakan komuniti blog pengiklanan online. Nuffnang merupakan agen pengiklanan yang akan membayar kepada blogger yang berminat untuk mengiklankan iklan-iklan nuffnang di blog mereka. Tiada sebarang kos ahli yang dikenakan. Anda hanya perlu mendaftar di www.nuffnang.com.my untuk mengiklankan iklan mereka.
4. Program affiliate
Program affiliate adalah seperti anda menjadi agen pemasaran produk tersebut. Jikalau anda menjadi agen produk fizikal seperti tshirt muslimah atau buku, biasanya anda diberikan komisyen antara 10 – 30% sahaja untuk setiap jualan. Tetapi, program affiliate untuk produk digital seperti ebook, anda biasanya akan mendapat komisyen sehingga 50%. Anda hanya perlu letakkan banner dan kod affiliate anda di blog. Apabila ada pengunjung yang membeli melalui link kita, kita akan dibayar komisyen.
5. Menjual produk sendiri
Sekiranya anda sudah memiliki produk untuk dijual, anda boleh gunakan blog untuk melakukan promosi dan jualan. Promosi produk tersebut boleh dilakukan dengan banner atau gambar produk dan tulis artikel berkaitan produk anda. Blog juga dilengkapi dengan kemudahan untuk membina borang pesanan, ‘shopping cart” dan contact form untuk memudahkan proses jualan anda. Manakala proses pembayaran pula boleh dilakukan secara online melalui perbankan internet seperti maybank2u dan CIMBclick.
6. Menawarkan servis/perkhidmatan
Selain menjual produk, kita juga boleh menawarkan servis melalui blog. Cuba kaji apa kepakaran anda yang boleh dimanfaatkan untuk menjana wang. Contohnya, anda boleh menyediakan servis fotografi, ambil video, membina laman web/blog dan sebagainya.
7. Membuat review berbayar
Ini juga peluang menjana wang dengan blog yang ramai masih tidak tahu. Kita boleh mendapat bayaran hanya dengan “review” produk atau servis. Teknik ini digunapakai dalam pemasaran artikel. Kenapa penting review ini untuk pemilik produk tersebut? Yang pertama adalah testimonial pengguna. Testimonial positif daripada pembeli akan membantu meningkatkan kredibiliti produk tersebut. Kesannya, semakin ramailah orang yang akan yakin dan membeli produk tersebut. Kedua, artikel tersebut akan dimanfaatkan oleh pengunjung yang ingin mendapatkan makllumat lanjut melalui enjin carian seperti google.
Panduan Khusus teknik menjana wang. Perlu menggunakan Blogspot sebab Wordpress tak membenarkan penggunaan tag HTML. Perlu diingat, anda perlu mendapat tempat dalam carian google kerana sesetengah syarikat pengiklanan mahu seberapa banyak iklan mereka dilihat oleh pengunjung yang pelbagai.
1. GoogleAdsense - Nak apply selalunya blog anda mesti dalam bahasa Inggeris, barulah berkesan. Tapi kalau nak guna bahasa Melayu juga, entry anda sangat unik dan tiada dalam mana-mana blog lain serta ratingnya tinggi, barulah apply. Tak leh buat main dengan Adsense ni. Sangat ketat peraturannya. Jangan ada iklan lain untuk apply... widget/gadjet yang bukan google punya pun jangan letakkan ketika apply. Nak apply boleh terus di dalam blog takde link khas. Tapi google adsense akan terminate akaun tanpa sebarang notis... Macam-macam dah jadi, kena terminate 2 tiga kali, tapi tetap gagah juga apply sebab bayarannya tinggi.
2. Nuffnang - Untuk blogger beginner bolehlah apply. Tapi pendapatan amat sikit sebab senang mohon. Ianya amat tidak mesra dengan pengiklanan lain. had pengeluaran mesti minima RM50. Saya mengangap nuffnang sebagai pendapatan tahunan je. Kena setia dengan mereka sebab semakin lama blog anda memaparkan iklannya, pendapatan iklan ongoing akan bertambah dan mungkin pendapatan dua kali setahun. Khidmatnya taklah gah sangat. Nisbah pendapatan Nuffnang kalau dibanding AdSense ialah 20:1
3. Komli - Bila rating anda dah naik tinggi, boleh try apply ni. Pageview blog anda perlu mencecah 1000 sehari. Cuma nak apply wangnya susah sikit, perlu menghantar invoice. Had minimanya perlu USD 50. kalau dalam RM dekat RM 150. Nisbah pendapatan Komli kalau dibanding AdSense ialah 10:1
4. Adf.ly - Ianya sebagai pemendek link sesuai untuk Tweeter. Tapi olahan telah dibuat, ianya boleh diletakkan dalam blog sebagai popup ads yang tak mengganggu. Kalau pengunjung nak download file / ke link seterusnya akan melihat interval 5 saat Tapi jangan letak bebanyak dan tak boleh gelojoh mengaut keuntungan kena perlahan-lahan bro. Ianya juga mempunyai Teknik Affiliate, Kalau anda join, ajak rakan lain join anda dapat komisyen 20%. Cara meletakkan popads ke dalam blog sila klik ini. pembayaran dalam USD5 minima. Anda perlu ada akaun PayPal. Nisbah pendapatan popads sahaja Adf.ly kalau dibanding AdSense ialah 6:1
5. H12-Media - Ianya teknik iklan dan ada popads. paling menarik ianya membayar dari segi PPV Page Per View , atau CPM Cost Per Milage iaitu berapa banyak individu view dan melihat, takperlu tunggu pengunjung klik. Kalau Klik lagi banyak le tapi jagan menipu dengan klik sendiri, mereka dapat kesan. Macam adfly, ianya akan menjana wang dari affiliate. Cuma komisyen kurang sikit iaitu 10% tapi jangan tumpu kepada affiliate, teruskan sahaja menambah pengunjung. Baiknya iklan ini, syarat kemasukan / mendaftar mudah, takperlu banyak pageview, beginner blogger, cukup-cukup lumayan kerana pembayaran dalam USD5 minima. Anda perlu ada akaun PayPal. Nisbah pendapatan H12-Media kalau dibanding AdSense ialah 8:1.
Dengan teknik di atas saya telah menjana pendapatan cukup lumayan ... dah boleh bayar sewa rumah bulanan. Kalau ada penambahan mungkin akan ditambah lagi. saya dah berblogging selama 4 tahun dan akan terus berblogging.
Tengah piala dunia di Brazil 2014 ni, jom tengok bola.
** 2021 - tahun ni sy masih dapat menjana pendapatan dari adf.ly dan h12
No comments:
Post a Comment