Tip Ketika Melancong Ke Luar Negara, Untuk keselamatan dan langkah berjaga-jaga, namun kadangkala ia berlaku juga kerana kelalaian sendiri, Ianya boleh dielakkan.
Jadi di sini, Info sedikit sebanyak, cuba membantu berdasarkan pengalaman yang ada untuk sama-sama kita selamat pergi dan pulang.
UMUM
1. Pastikan anda memiliki passport/dokumen perjalanan yang sah dan belum tamat tempoh. Passport Yang akan tamat tempoh 6 Bulan Lagi digalakkan diperbaharui
2. Sentiasa memerhatikan bagasi dan beg anda sepanjang lawatan terutamanya di lapangan terbang atau di dalam bas persiaran.
3. Ketika mengambil bagasi di conveyor, tunggu bagasi anda di bahagian keluar bagasi bagi mengelakkan bagasi anda tertukar atau dicuri.
4. Periksa bagasi anda berada dalam keadaan yang sebaiknya. Sekiranya terbuka atau tidak seperti yang asal, pastikan tiada bendasing yang terdapat di dalam bagasi itu atau dapatkan bantuan ketua rombongan atau pihak berkuasa di lapangan terbang.
5. Anda perlu sentiasa ada tag nama anda atau kad nama ketua rombongan atau kad nama hotel sepanjang lawatan. Ini kerana di belakang tag nama anda tercatat nombor kecemasan yang boleh anda hubungi seperti nombor telefon ketua rombongan, pemandu pelancong, wakil agensi anda gunakan di negara terbabit, dan Kedutaan Malaysia negara terbabit.
6. Sentiasa bawa dan simpan salinan passport, kad pengenalan dan kad ATM/kredit di tempat yang selamat (dalam bagasi/tas tangan) supaya boleh dijadikan rujukan sekiranya barang-barang yang asal hilang atau dicuri.
7. Kurangkan membawa duit tunai, sebaiknya gunakan kad kredit atau cek kembara.
8. Gunakan push-bag atau money belt bagi menyimpan barangan berharga anda ketika keluar lawatan atau membeli-belah.
9. Pertimbangkan untuk membawa 1 lagi dompet yang cuma diisi sedikit wang tunai sebagai umpan. Cara ini boleh berkesan sekiranya ana dirompak.
10. Jangan menumpang kenderaan sebarangan, sebaliknya gunakan bas persiaran yang telah disediakan atau teksi rasmi jika keluar selepas waktu lawatan. Dapatkan maklumat lanjut tentang kenderaan awam di situ daripada pemandu pelancong, ketua rombongan atau pihak hotel.
HOTEL
1. Sentiasa kunci pintu bilik hotel anda ketika anda berada di dalam bilik atau keluar.
2. Pastikan barang-barang berharga terutamanya passport disimpan rapi sekiranya anda ingin meninggalkannya di dalam bilik. Seeloknya gunakan peti besi yang ada sesetengah hotel sediakan.
3. Periksa di mana kedudukan pintu kecemasan kebakaran dan tangga bagi memudahkan anda menyelamatkan diri sekiranya sesuatu yang buruk/kecemasan berlaku.
4. Sekiranya anda ingin berjumpa dengan seseorang yang anda tidak kenali di hotel, jadikan lobi atau restoran/kafe sebagai tempat pertemuan.
JANGAN TERLALU MENONJOLKAN DIRI
1. Sekiranya anda tidak tahu ke mana hendak dituju dan perlu melihat peta, jangan terlalu menonjolkan perbuatan tersebut dan cuba cari tempat yang kurang orang seperti kafe atau pondok telefon.
2. Pakailah pakaian yang biasa ketika bersantai dan tidak terlalu berbeza daripada penduduk tempatan seperti berbaju corak bunga warna terang diiringi kamera DSLR di leher.
3. Berhati-hati sekiranya anda perasan ada seseorang yang memerhatikan gerak-geri anda.
4. Elakkan dari memakai atau menunjuk barangan kemas yang mampu membuatkan pencuri/perompak tidak perlu berfikir dua kali untuk merompak anda.
5. Cuba suaikan diri anda dengan keadaan sekeliling dan elakkan lagak sebagai seorang pelancong.
SENTIASA INGAT
1. Dapatkan nasihat dan maklumat daripada ketua rombongan atau pemandu pelancong atau internet tentang tahap keselamatan kawasan yang ingin anda lawati sendiri, terutamanya pada waktu malam.
2. Elakkan daripada berjalan sendirian dan berjalan di kawasan yang sunyi, seeloknya biarlah berteman.
3. Sekiranya anda dirompak/diragut, elakkan dari melawan kerana perlu sentiasa ingat nyawa anda adalah lebih berharga.
4. Jauhkan diri anda dari pergaduhan, demonstrasi atau kawasan rusuhan serta-merta.
DI MANA INGIN MENDAPATKAN BANTUAN
1. Ketua rombongan atau pemandu pelancong.
2. Agensi pelancongn yang menguruskan anda di Malaysia.
3. Kedutaan Malaysia atau pejabat Tourism Malaysia negara terbabit atau Kedutaan British sekiranya kedua-duanya tiada.
4. Kementerian Luar Negeri di Malaysia +60388874000 atau +60388874570.
5. Pihak berkuasa tempatan.
Terima kasih atas tips ini. Mohon saya kongsikan.
ReplyDelete