PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Monday, May 27, 2013

Cara Paling Efektif Membersihkan Rumah

Hujung minggu mungin adalah peluang untuk membersihkan rumah. Apa kata ambillah dalam sebulan sekali membuang sawang labah-labah ataupun mengemop lantai. Tapi ia amat leceh jika memikirkan masa yang terlalu lama untuk semuanya. Kan bagus kalau ada cara cepat dan santai.








Perkara pertama yang perlu diberi perhatian dalam pembersihan rumah ialah ia perlu bermula dari atas ke bawah.

Mulakan dengan membersihkan habuk di kipas siling, mengelap rak tinggi, penyaman udara dan sebagainya. Kemudian diikuti pula dengan mengelap tingkap, pintu dan perabot yang ada.

Selepas selesai membersihkan perabot, boleh mula menyapu lantai dan buang semua sampah ke dalam tong sampah.

Mula mengemas di bahagian ruang tamu, kerana ruang itulah yang menjadi fokus utama ketika tetamu datang ke rumah.

Sudah tentu sofa yang bersih, lantai berkilat dan karpet yang bersih akan memberikan impresi yang positif daripada tetamu kepada tuan rumah.

Cara membersihkan sofa

Langkah:

Kenal pasti jenis fabrik sofa anda, ia diperbuat dari apa dan keadaannya pada masa itu; sama ada kotorannya akibat daki, tumpahan benda asing atau jenis bauan yang terdapat padanya.

Anda juga boleh periksa sama ada di sofa anda terdapat label yang dilekatkan oleh pengusaha yang kadangkala turut memberi panduan untuk mencuci sofa tersebut.

Apabila telah mengenalpasti jenis fabrik yang ada pada sofa dan cara untuk membersihkannya, pastikan anda mula mencuci bahagian yang tidak nampak pada pandangan hadapan. Caranya, basahkan bahagian tersebut dengan cecair pembersih dan biarkan selama 10 hingga 15 minit sebelum anda lap dengan tuala bersih. Jika ada warna yang luntur, sebaiknya jangan guna cecair pencuci tersebut, jika tidak melunturkan maka boleh teruskan cucian.

Sebelum membersih dengan cecair pencuci, pastikan buang kotoran yang ada pada sofa dengan menggunakan penyedut hampagas atau berus sabut.

Kain yang diperbuat daripada mikro fiber memang sesuai untuk membersihkan fabrik atau perabot. Tetapi pastikan menggunakan kain baru dan bukannya yang pernah digunakan untuk mencuci tandas kerana dikhuatiri kuman akan berpindah ke sofa tersebut.

Selepas cucian, gunakan pula penyembur fabrik untuk mengasingkan kotoran.

Selepas semburan, ada beberapa cara untuk mengekstrak kotoran yang tertinggal, caranya dengan; - Pembersihan satu kawasan kotor sahaja- Pengasingan kawasan yang basah- Pembersihan menggunakan buih- Pembersihan kering.

Cara membersih lantai


Mulakan dari sudut yang paling jauh hinggalah ke pintu masuk rumah.

Mulakan dengan mop habuk dan vakum untuk mengelakkan habuk daripada berterbangan. Bila lantai bersih daripada sebarang kotoran dan habuk, maka proses pembersihan lebih mudah dibuat.

Membersihkan lantai, pastikan habuk yang disedut dari penyedut hampagas itu dibuang ke dalam plastik sampah dan bukannya dalam lubang tandas.

Kemudian, isi baldi dengan air bersih. Tambahkan serbuk pencuci dan sebaiknya gunakan yang mempunyai agen pembasmi kuman.

Dengan mop pastikan anda mengelap semua lantai, perah mop supaya kesan pembersihan lebih baik.

Tukar air baru jika air dalam baldi tadi sudah berubah warna kelabu



Incoming Search Post :
Macam mana nak bersihkan rumah (43)
Nak buang sarang labah-labah (15)
tabiat pengotor (14)
cuci kipas (12)
dapur kotor (3)

1 comment:

  1. Rasanya berapa x sebulan bersihkan rumah tah. Rumah org bujang tah macam tak pernah menyapu pun

    ReplyDelete

ShareThis

Lagi Info Menarik

.. ..

My Blog List