Friday, July 18, 2014

Rindu Awak 200%- Drama Slot Akasia TV3

Sinopsis
Zill Faezrul Iqbal - Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. Bersifat tenang tapi bermulut celopar sungguh menjengkelkan hati Armel Aisya. Tapi, dia tak boleh banyak bunyi.

Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya. Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya rumah tangga mereka tidak pernah aman!

Penyudahnya Armel ke utara, Faezrul ke selatan. Namun, semakin Faezrul tidak peduli, semakin sakit hati Armel. Misteri Faezrul yang kejap hilang kejap ada di rumah, menimbulkan tanda tanya di kepala Armel. Mustahil seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai juruteknik mampu memiliki kereta Range Rover Evoque!

Nantikan episod-episodnya di TV3 setiap hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis, Jam 7.00 mlm hingga 8.00 malam...

Pelakon:
Zul Ariffin- Faezrul, Ayda Jebat- Armel, Jonathan putra, KharlShafek, MimiErnida- Daria

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Lagi Info Menarik

.. ..

My Blog List