Bayi yang sering kembung perlu disendawakan setiap kali selepas menyusu agar udara yang terkumpul di dalam perutnya keluar. Untuk pengetahuan anda, bayi yang minum susu terus dari payudara ibu kurang mengalami masalah ini berbanding bayi yang menyusu menggunakan botol susu. Hal ini kerana ibu boleh mengawal sendiri aliran susu yang diminum bayi seterusnya mengurangkan jumlah angin masuk ke tubuh bayi. Bayi yang menyusu menggunakan botol banyak menelan udara yang telah tersedia terkumpul di dalam botol susu tersebut. Untuk mengelakkan masalah ini dari terus berlaku kepada bayi anda, berikut adalah panduan untuk mengatasi masalah kembung perut.
Pertama, anda perlu pastikan botol susu disendengkan sehingga susu menutupi permukaan lubang puting agar tidak banyak udara masuk bersama semasa bayi menyusu.
Kedua, anda perlu sendawakan bayi setiap kali selepas menyusu.
Ketiga adalah anda harus tuam perutnya setiap kali selepas mandi.
Antara petua yang boleh anda lakukan untuk merawat masalah perut kembung anak anda ini adalah dengan mengambil tiga helai daun mengkudu muda dan sapukan dengan minyak kelapa. Kemudian layurkan ke atas api selama dua minit dan tekapkan daun tersebut pada perut bayi.
Petua yang lain pula ada menyebutkan anda boleh juga menggunakan daun sirih. Layurkan dua helai daun sirih dan letakkan pada perut bayi. Tutupkan dengan barut dan ikat dengan kemas.
Kaedah seterusnya adalah dengan ambil seulas bawang putih dan ketuk. Campurkan dengan sedikit jintan putih. Bungkus semuanya dalam kain dan ikat kemas. Panaskan di atas bara dan apabila sudah suam-suam kuku, tuam pada pusat dan perut bayi dan telapak kaki bayi perlahan-lahan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ShareThis
Lagi Info Menarik
Phone holder, pemegang handphone Posted On Sat Nov 02 2013 ![]() Segmen Buat Sendiri Pening kepala jika plug terminal kuasa terlalu tinggi atau charger hp anda pen ... .. |
Kenapa Nyamuk Suka Anda Posted On Fri Sep 20 2013 ![]() Nyamuk... Sejak bila pula ia hisap benda selain darah? Alasan Nyamuk Tertarik Kepada Anda | Banyak ora ... Petua Hilangkan Gatal Sebab Ulat BuluPosted On Thu May 30 2013 ![]() Anak anak kalau dibiarkan bermain, macam-macam boleh terjadi. Ulat bulu pada mereka macam benda menark un ... Restoran Mamak | Hindu ke Islam KePosted On Sat Oct 12 2013 ![]() 'MAMAK' ~ HINDU ATAU MUSLIM ... PASTIKAN PILIH KEDAI MUSLIM ...WASPADA..!!! Cara membezakan restoran mama ... Galeri Formal Terkini Baju LelakiPosted On Sat Aug 31 2013 ![]() Kebanyakan trend dalam tahun 2013 ni, semua mahu mengikut fesyen korea. Kebanyakan baju dan seluar jenis ... .. |
No comments:
Post a Comment