Saturday, October 13, 2012
Petua dan Adab Berbicara atau Bercakap
1. Hendaklah bercakap dengan nada yang jelas tanpa rasa keraguan dan tidak bercakap dengan nada yang samar-samar.
2. Jika seseorang sedang makan, maka janganlah bercakap tentang sesuatu yang menjijikkan atau yang tidak disukainya.
3. Jangan bercakap mengenai hal orang lain, mencaci dan membuat fitnah (walaupun bercakap tentang perkara buruk yang benar-benar sah dilakukannya, ianya termasuk di dalam kategori mengumpat).
4. Jangan memanggil seseorang dengan panggilan nama yang tidak menyenangkannya atau yang boleh memalukannya.
5. Jangan bercakap tentang sesuatu perkara yang anda sendiri masih kurang pasti mengenai perkara tersebut.
6. Hendaklah bercakap secara berdepan dengan bertentangan mata atau tidak bercakap di belakang untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham.
7. Jika seseorang sedang bercakap tentang sesuatu topik atau topik tersebut belum habis dibincangkan, jangan mengutarakan topik baharu atau memintas perbincangan tersebut.
8. Jangan bercakap di depan orang yang sedang sakit tentang sesuatu yang mendukacitakan sebaliknya ucaplah sesuatu yang menggembirakannya.
9. Jangan memanggil orang yang lebih tua daripada kita dengan panggilan nama. Sebaik-baiknya panggillah dengan nama yang memuliakan mereka.
ShareThis
Lagi Info Menarik
Merawat Kutu Air Di Kaki ..Posted On Thu Aug 29 2013 ![]() Tips Cara mengubati Kutu Air kutu air merupakan kulapuk / cendawan yang menimbulkan rasa gatal menyerang ... JAKEL - Jual Sampai Licin Cuti Sekolah Akhir Tahun 2014Posted On Fri Nov 21 2014 ![]() Sempena Cuti Sekolah Akhir Tahun, Kedai Jakel di Jalan TAR sedang mengadakan jualan besar-besaran Tag ... Warna Turqoise Untuk JejakaPosted On Fri Aug 02 2013 ![]() Pening kepala memikirkan warna apa lagi selain warna-warna tanah sesuai untuk dikenakan. Balik balik girl ... Faedah Memelihara KucingPosted On Thu Dec 03 2015 ![]() Pening anak-anak terlalu lincah, nakal, dan tak mendengar kata. Jangan takut, itu tanda anak andanmembesa ... Petua Hilangkan Gatal Sebab Ulat BuluPosted On Thu May 30 2013 ![]() Anak anak kalau dibiarkan bermain, macam-macam boleh terjadi. Ulat bulu pada mereka macam benda menark un ... Tips Jika Terperangkap Dalam LifPosted On Sat Jul 27 2013 ![]() Apakah tindakan yang patut dilakukan jika terperangkap di dalam lif? ambil gambar la! buat pe lagi (hi ... Jom Mohon BR1M 3.0 atau Cara Update OnlinePosted On Tue Dec 24 2013 ![]() Wah sekarang pendapatan bawah RM 4000 boleh memohon brim tahun depan 2014. Tapi macamana nak mohon ye? ... |
.. |
No comments:
Post a Comment