Saturday, October 13, 2012
Petua Untuk Merampingkan Badan
1. Berjalan kaki, sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari. Jika asyik naik lif di pejabat atau rumah, cubalah naik dan turun dengan tangga.
2. Minum air kosong lapan gelas sehari. Ia membantu membuang toksin daripada badan. Segelas air kosong juga boleh diambil sebelum makan kerana ia memberikan rasa kenyang sekali gus menghindarkan diri daripada rasa lapar berlebihan.
3. Sarapan setiap pagi jangan diabaikan. Mereka yang tidak bersarapan cepat lapar dan mendorong diri untuk makan lebih banyak pada waktu tengah hari.
4. Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia baik untuk sistem pencernaan serta dapat menurunkan kadar kolesterol badan.
5. Jangan makan hingga perut sudah kenyang. Jika sayang makanan berlebihan, ia boleh disimpan.
6. Kawal diri supaya tidak makan makanan berlemak dan bergoreng secara berlebihan. Makanan dikukus atau direbus lebih elok untuk kesihatan.
7. Tidur dapat mempercepatkan kadar metabolisme badan sebanyak 40 peratus. Oleh itu, pastikan anda mendapat tidur secukupnya setiap hari.
8. Senaman yang sesuai mengikut bahagian badan elok dilakukan setiap kali bangun di waktu pagi. Apabila bangun pagi, rajinkan tangan membersihkan rumah. Mungkin ia tidak sehebat senaman di luar tetapi aktiviti berkenaan tetap membantu dari segi pembakaran kalori dalam badan.
9. Jangan berlapar. Makanan memberi anda tenaga dan apabila anda menggunakan tenaga kurang daripada apa yang anda ambil, tubuh akan terkejut. Bila anda tidak tahan berlapar, anda akan makan dengan lebih banyak.
ShareThis
Lagi Info Menarik
Tutorial AdFly Banner Posted On Mon Apr 01 2013 ![]() Ingin menjana pendapatan melalui blog anda. Berikut adalah tutorial bergambar (klik gambar untuk lebih te ... Rawatan Alternatif Buka Salur Darah Tersumbat - takperlu pembedahanPosted On Thu Dec 04 2014 ![]() Rawatan alternatif: Membuka salur darah jantung - Rawatan alternatif: Membuka salur darah jantung tersu ... .. |
Rawatan Alternatif Buka Salur Darah Tersumbat - takperlu pembedahan Posted On Thu Dec 04 2014 ![]() Rawatan alternatif: Membuka salur darah jantung - Rawatan alternatif: Membuka salur darah jantung tersu ... Phone holder, pemegang handphonePosted On Sat Nov 02 2013 ![]() Segmen Buat Sendiri Pening kepala jika plug terminal kuasa terlalu tinggi atau charger hp anda pen ... Semak Perkhidmatan Kerajaan Guna SMSPosted On Fri Dec 27 2013 ![]() Semak status saman PDRM taip : POLIS SAMAN [no kenderaan] dan sms ke 15888 Semak Daftar Pemilih ... Nasihat Orang TuaPosted On Sun Jun 02 2013 Mungkin kita teringat-ingat kat kata orang-orang tua dahulu. Mungkin anda pernah dengar. Tapi tak pasti l ... Tips Menggayakan Tali LeherPosted On Mon May 27 2013 ![]() Tidak lengkap gaya seseorang eksekutif muda tanpa mengenakan tali leher. Bagaimanapun, masih ada seg ... .. |
No comments:
Post a Comment