Tidur seharian - apa lagi yang kita tak tahu? |
Tidur Tenang atau Non-REM
Selama kitaran tidur kita akan mengalami 2 macam keadaan tidur yaitu keadaan tidur tenang dan keadaan tidur aktif. Tidur tenang sering dikenali dengan istilah tidur NREM atau Non-REM (No Rapid Eye Movement atau Tidak Ada Gerakan Mata yang Cepat).
Waktu tidur tenang atau NREM atau Non-REM, tubuh seseorang akan mengalami kegiatan yang tenang. Denyut nadi, pernafasan dan tekanan darah tubuh akan bergerak lebih tenang dan teratur. Ini adalah proses di mana tubuh memulihkan tubuh. Otot-otot, kelenjar tubuh dan susunan tubuh diperbaiki. Zat-zat yang tidak berguna akan dibuang dari tubuh. Pada saat tidur tenang juga terjadi penggabungan protein-protein yang akan digunakan pada saat tidur aktif.
Pada keadaan tidur tenang atau NREM atau Non-REM, seseorang akan mengalami 4 tahap. Berikut adalah tahap yang terjadi ketika Anda mulai tertidur.
Tidur Ringan. Saat pertama kali seseorang mulai tertidur, Anda memasuki tahap pertama di mana Anda mengalami tidur ringan atau tidur cetek, di mana otot tubuh akan mengendur dan gelombang otak akan bergerak tidak teratur. Pada tahap ini biasanya dimulai ketika Anda mengantuk dan tertidur. Tahap pertama berlangsung selama 30 saat sampai 7 minit pertama tidur Anda.
Tidur Sebenarnya. Selanjutnya, Anda akan memasuki tahap kedua iaitu tidur sebenarnya, di mana gelombang otak membesar, pecahan-pecahan fikiran dan gambar-gambar mungkin munculan dan bergerak di fikiran kita tetapi kita tidak menyadarinya, bahkan Anda sudah tidak sedar dengan keadaan di sekeliling Anda. Tahap kedua berlangsung selama 20 peratus dari seluruh waktu tidur Anda.
Tidur Lebih Nenyak. Tahap ketiga tidur Anda semakin lelap. Pada tahap ini, tubuh Anda mulai sukar dibangunkan kerana sudah terlelap.
Tidur Sangat Nyenyak, Tahap keempat merupakan tahap tidur paling nyenyak. Pada tahap ini, otak menghasilkan gelombang besar, sebahagian besar darah dialirkan ke otot, terjadi pemulihan dan perbaikan fungsi tubuh. Hormon pertumbuhan dihasilkan dan terjadi proses pertumbuhan berlangsung pada tahap ini. Tahap ketiga dan keempat berlangsung selama 50 peratus dari seluruh waktu tidur kita.
Jika saat tertidur, kita tidak memasuki tahap ketiga dan keempat, maka kemungkinan besar saat bangun tidur kita akan merasa letih bahkan mendatangkan stress. Kadangkala, stress tempat kerja datang dari tidur tak cukup, klik sini untuk menangani stress tempat kerja
Selepas memasuki tahap keempat, Anda akan mengalami tahap pertama kembali, memasuki tahap kedua dan seterusnya. Kitaran ini akan berulang beberapa kali. Pada umumnya pengulangan kitaran ini berlangsung selama 3 sampai 5 kali. Lamanya 1 kali kitaran memerlukan waktu sekitar 90 sampai 110 minit.
Tidur Aktif atau REM
Setiap kitaran tidur tenang atau NREM akan diakhiri dengan tidur aktif atau REM (Rapid Eye Movement atau Gerakan Mata Cepat). Berbeza dari tidur tenang, denyut nadi, pernafasan, tekanan darah dan aktiviti lainnya berlangsung dengan lebih aktif, cepat dan tidak teratur. Darah dialirkan ke otak dan gelombang otak. Anda dapat melihat seseorang mengalami saat-saat melihat mata bergerak ke kiri dan ke kanan kerana memang pada tidur REM, mata bergerak cepat ke kiri dan ke kanan.
Pada saat tidur aktif atau REM inilah seseorang mengalami mimpi yang sebahagian besar tidak akan diingat pada saat bangun dari tidur. Anda juga mengalami kejang atau tidak dapat menggerakkan otot-otot Anda. Hal ini yang berguna agar Anda tidak bergerak seperti mimpi Anda, sehingga membahayakan Anda. Biasanya seseorang mengalami mimpi kira-kira setiap 90 minit sekali dalam sebuah kitaran tidur.
Masa tidur aktif berlangsung selama 25 peratus dari keseluruhan waktu tidur kita. Pada saat tidur aktif atau REM, tubuh memulihkan fungsi-fungsi tertentu dari otak dan juga memperbaiki mental. Pada saat ini fikiran akan memilih, mengolah, menyusun, menghapus hal-hal yang tidak penting dan menyimpan keterangan yang dialami pada hari sebelumnya seperti saat seseorang merakam film dan akan mempersiapkan otak dan fikiran untuk menerima maklumat baru esok harinya. Saat tidur aktif, otak akan menghapus memori jangka pendek atau data tidak penting dan mempertahankan ingatan jangka panjang. Inilah yang membuat setelah tidur, fikiran terasa lebih segar kerana ada ruang lebih banyak memori otak untuk digunakan lagi.
Selain itu, selama Anda tertidur, tubuh menghasilkan sel T yang akan melawan patogen atau punca penyakit. Dan apabila tertidur, tubuh juga menghasilkan hormon leptin untuk mengatur nafsu makan.
Agar tubuh merasakan manfaat baik dari tidur, seseorang harus mengalami semua proses tidur tersebut dan dalam waktu yang cukup. Jika kita kurang tidur, akan sukar bekerja, kehilangan memori, dan kosa kata, penurunan kesanggupan berfikir analitik, dan kehilangan kreativiti. Bahkan kurang tidur boleh meningkatkan kemurungan dan dipresi.tidur juga mencegah sakit kepala (klik sini untuk info). Maka, berusahalah agar Anda cukup tidur setiap hari dan nikmati manfaatnya.
No comments:
Post a Comment