Ramai yang takut terutama wanita... sampai melompat nampak lipas ni |
Jenis Lipas Berbeza Habitat
Jenis lipas dibezakan jenisnya berdasarkan bahagian tubuh lipas. Terdapat beberapa jenis lipas, namun jenis yang umumnya dijumpai di perumahan hanya ada 2 iaitu American cockroach (periplaneta Americana) dan lipas German cockroach (Blattela Germanica).
Habitat kedua jenis lipas ini berbeza, iaitu Lipas Amerika sering berada di dalam tempat yang lembab dan hangat seperti saluran sanitari / lubang tandas dan secara umum jenis ini selalunya berada di luar rumah.
Sedangkan Lipas German berada di dalam rumah terutama pada tempat yang lembab, gelap dan banyak makanan seperti dapur, almari makan, atau di atas almari rumah. Secara biologi, perbezaan antara kedua jenis lipas ini ada pada garis di abdomenya dimana lipas Jerman tidak mempunyai garis coklat.
Penyebab Lipas masuk ke dalam rumah.
Apabila saluran rumah kita tidak baik, maka lipas akan senang masuk, apalagi bila terdapat jalan bagi lipas untuk masuk ke dalam rumah, dan populasi lipas di dalam habitatnya berlebihan. Bila mana populasi dalam habitat asalnya berlebihan, maka lipas akan keluar dari sarangnya untuk mencari sumber makanan dan sarang yang baru.
Sebagai contohnya Lipas, bila mana populasinya di dalam septic tank bertambah banyak dan makanan yang ada berkurang, maka mereka akan keluar dari habitatnya untuk mencari makanan dan mencari sarang yang baru. Ia akan akan masuk ke rumah melalui saluran pembuangan yang tidak ditutup dengan baik, dan tentunya anda boleh membayangkan akibatnya apabila binatang ini hinggap di makanan anda.
Kenali Tempat Yang Disukai Lipas.
Secara umum, terdapat 3 sumber utama yang mungkin disukai oleh lipas iaitu makanan, ciciran sisa makanan dan tempat lembab. Selain tikus, lipas akan menghurung makanan ini. klik juga petua menghalau tikus
Anda mudah mengenali apakah suatu rumah telah dimasuki lipas ada tidak, dengan melihat tanda-tanda seperti adanya kotoran lipas, bau, ataupun telurnya. Biasanya kotoran-kotoran ini tertinggal pada tempat tempat yang tersembunyi seperti di antara buku2 yang disimpan di rak, celah antara almari dengan tempat tidur atau dinding, ataupun juga di tandas.
Jika menemui tanda ada lipas, segerakanlah membunuhnya. Tuju terus ke tempat-tempat yang disenangi lipas antaranya adalah dapur. Dapur merupakan tempat yang paling disukai oleh binatang ini. Oleh kerana itu, anda harus menyimpan makanan tersebut dengan baik seperti menyimpan makanan di rak atau tudung saji. Apabila anda selesai memasak, usahakan untuk tidak meninggalkan sisa makanan di lantai dapur, dapur masak atau meja dapur. Segera bersihkan ciciran sisa makanan tersebut kerana sisa-sisa inilah salah satu makanan bagi lipas.
Selain itu, sampah makanan di tempat sampah dapur juga merupakan tempat yang disukai lipas, segera membuang sampah tersebut ke tempat sampah di luar rumah dan menutup tempat sampah.
Tangani Habitat Lipas.
Apabila lipas sudah bersarang didalam rumah anda, maka anda perlu mencari sumber habitat nya. Habitat lipas biasanya di saluran paip sanitasi dan tangki septik. Untuk membunuhnya, anda memerlukan racun yang membuatkan lipas makan tidak mati serta merta. Jika ia mati, ia akan menjadi racun kepada koloninya jika bangkainya dimakan. Sudah banyak racun ini dijual di pasaraya
Saluran ini susah dicapai, tetapi cara pengasapan atau semburan untuk lipas macam nyamuk tu, mungkin boleh digunakan. Namun anda perlu ingat, bahawa memberantas binatang yang dikenali membawa sumber penyakit ini dilakukan dengan cara bertahap, kerana apabila penyemburan, tak semuanya mati dan ada yang boleh melepaskan diri dan akan berkembang biak.
Selamat mencuba
No comments:
Post a Comment