PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Wednesday, October 10, 2012

Kabel TV alternatif selain ASTRO

Industri media penyiaran dijangka bakal berkembang apabila sebuah saluran televisyen kabel digital terbaharu akan diperkenalkan pada tahun hadapan yang diusahakan oleh ABN Media Group.


Pengerusi Eksekutif Kumpulannya, Datuk K.K Eswaran berkata, syarikat itu menerusi Asian Broadcasting Network (M) Sdn Bhd yang membekalkan saluran berkenaan akan membuat kejutan kepada seluruh rakyat negara ini apabila pelancarannya diumumkan 48 jam sebelum siaran pengenalan.

“Kami akan membuat satu kejutan apabila pelancaran kabel TV ini akan dibuat 48 jam sebelum siaran pengenalannya ke seluruh negara pada tahun hadapan.


“Ketika ini proses meluaskan saluran kabel TV terbaharu ini sedang rancak dijalankan yang bermula di Lembah Kelang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada malam media di Hotel Shangri-La di sini, malam Isnin.
Turut hadir pengerusi ABN Media Group, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor.

Eswaran menambah, orang ramai bakal mendapat pilihan yang tepat dengan adanya kabel TV ini kerana siaran yang dibekalkan dijamin mempunyai kualiti tinggi tanpa gangguan.

Katanya ia berbeza dengan saluran televisyen berbayar lain yang menerima banyak rungutan kerana siarannya yang sering terganggu terutamanya ketika hujan.

“Kami percaya, tiada rungutan apabila saluran baru ini dilancarkan dan berharap rakyat mendapat manfaat daripadanya. Salurannya adalah dalam bentuk digital sepenuhnya,” ujar beliau.

Televisyen digital kabel berbayar ini mempunyai banyak saluran yang dibekalkan antaranya sukan, hiburan, berita tempatan dan luar negara, filem, dokumentari dan juga fesyen.

Malah ia dilihat bakal menjadi pesaing kepada stesen penyiaran Astro yang menggunakan satelit sebagai kaedah siarannya.

Dalam perkembangan lain pihak ABN bakal bekerjasama dengan kira-kira 100 pembekal kandungan siaran televisyen seluruh nergara.

1 comment:

  1. Apalah astro. Dah la bayar nak tengok, Dah plak tu ada iklan banyak sarat kemain

    ReplyDelete

ShareThis

Lagi Info Menarik

Memandang dan Menilai Orang
Posted On Thu May 08 2014

Jangan menilai orang dari rupanya. Karena Rasulullah saw melihat si pendek tak menawan iaitu sahabat b ...

10 Cara Bangkit Dari Kegagalan
Posted On Fri May 31 2013

HIDUP INI TAK SEMUANYA INDAH DAN HARI SURAM JUGA MENJADI SEBAHAGIAN DARI DIARI HIDUP KITA.DI KALA DIRI DI ...

Tergempar: Ramai Maut, Bas Jatuh Gaung Genting
Posted On Wed Aug 21 2013

21 ogos 2013 Tragedi yang sangat menyayat hati dan mengejutkan, sebuah bas yang turun dari Genting Highl ...

Bagaimana Memilih Seluar Lelaki
Posted On Sat Jul 27 2013

Kebanyakan lelaki tidak terlalu menitikberatkan tentang apa yang dipakainya. Mungkin juga mereka mahu men ...

..
Tip - Senaman Komputer
Posted On Fri Aug 02 2013

Menghadap monitor komputer berjam-jam akan menyebabkan bahu dan tengkuk akan berasa letih dan lenguh. ...

Phone holder, pemegang handphone
Posted On Sat Nov 02 2013

Segmen Buat Sendiri Pening kepala jika plug terminal kuasa terlalu tinggi atau charger hp anda pen ...

..

My Blog List