PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Sunday, July 21, 2013

Warna Sesuai untuk Lelaki

Warna selalunya diterjemahkan sebagai suatu yang menonjolkan peribadi seseorang. Kita juga secara tidak langsung berinteraksi secara terus menerusi warna-warna sekeliling yang wujud dalam kehidupan tidak kira dari segi semulajadi mahupun buatan manusia. Oleh itu, secara lazimnya, kita telah meletakkan sesuatu persepsi bahawa warna juga boleh melambangkan sesuatu gender yakni lelaki mahupun wanita.


Warna-warna gelap, kuat dan warna bumi, sering dikaitkan dengan golongan lelaki. Lelaki lebih ditumpukan kepada golongan warna yang mudah digayakan dengan apa fesyen dan cara pemakaian sekalipun. Mahupun tatacara pemakaian ke pejabat, ruangan santai mahupun berada di rumah. Semuanya bercirikan warna-warna gelap versi terang yang melambangkan kekuatan lelaki.



Kalau di Eropah dan Barat. Warna untuk lelaki senang dikategorikan mengikut warna kulit dan rambut mereka. Macam mana kita di Asia nie? Adalah kita jugak dikategorikan sebagai masyarakat bewarna dan susah untuk memilih warna dalam berpakaian?

Mari kita lihat dulu generalisasi yang diberikan bagi lelaki-lelaki kat barat. 

Kalau kita mempunya warna rambut yang blonde dan berkulit cerah. Warna yang sesuai untuk anda adalah warna-warna biru laut yang agak cerah, kelabu cerah dan dipadankan dengan warna yang sama jika mempunyai jaket atau blazer. warna coklat muda dan hijau pucuk pisang juga dapat menonjolkan warna untuk diri anda. Warna-warna pastel jugak sesuai untuk individu ini. Kalau boleh, cuba elakkan warna putih untuk kemeja melainkan digandingkan dengan seluar gelap. Kasut pulak, kompem warna hitam, tapi warna cordovan, burgundy dan coklat jugak masuk untuk individu ini. Paling sesuai? warna coklat dan burgundy!

Kasut warna Burgundy

Kalau kita mempunyai warna rambut kemerahan dan warna kulit yang sedikit tanned. Warna yang sesuai adalah warna merah dan hijau. membandingkan pakaian yang dipakai pula, warna-warna seperti coklat dan camel adalah sesuai untuk pakaian casual. Warna biru laut lembut, peach lembut dan hijau lembut dapat menyerlahkan individu ini dalam pakaian kemeja ke pejabat. Elakkan warna putih, boleh dipakai tapi jangan selalu. Kasut paling best mestilah hitam, tapi yang sesuai untuk individu ini adalah cordovan dan coklat.

Kalau kita seorang yang mempunyai warna rambut hitam dan berkulit sawo matang kegelapan. Kita lebih sesuai untuk dicorakkan dengan warna hitam dan coklat pada penataan bajunya. Warna-warna bumi dan kelabu gelap juga merupakan padanan yang sesuai. Orang yang mempunyai ciri-ciri sebegini sebenarnya tidak susah untuk memilih warna pakaian yang sesuai. Mereka dapat menyesuaikan diri terhadap semua warna-warna yang dikategorikan 'lelaki' dengan sempurna. Warna putih serta warna-warna terang seperti biru gelap dan padanan berjalur pada baju kemeja untuk ke pejabat juga dapat memberikan impak yang bagus kepada individu sebegini. Sebab itu, kebanyakan orang asia lebih sesuai untuk padanan warna sebegini. Padanan warna seluar jugak dapat dikombinasikan dengan warna seluar hitam, coklat gelap atau pun Taupe. Memang cantik dan segak. Kalau padanan pakaian ke pejabat tu, kasut berwarna hitam merupakan pilihan yang paling tepat berbanding warna-warna lain. Kalau mahu berjalan-jalan, pakaian kasual seperti kemeja T yang berwarna putih dengan kolar sangat sesuai. Warna-warna seperti Biru Royal, Turquoise gelap, Ungu Gelap, Bugundy cerah amatlah sesuai dengan warna kulit anda.

cadangan membaca : tips mengenakan tali pinggang

padanan kemeja dengan seluar cerah
(taupe)


Jaket berwarna Taupe

Padanan baju untuk individu berkulit gelap.


Namun, apa yang lain penting adalah lelaki yang pandai menggunakan warna untuk dirinya akan dapat memukau semua orang disekelilingnya. Tak kira warna apa yang digayakan, tanpa rasa segan atau malu keyakinan adalah segalanya.

Pandangan yang diberikan ini adalah secara umum dan panduan secara menyeluruh mengenai warna-warna sesuai. Bukan bertindak sebagai penasihat fesyen atau pengkritik baju dalam memilih warna. Penataan fesyen yang melampau seperti tema-tema tertentu adalah terkeluar daripada generalisasi yang diberikan disini.

tag: pemilihan warna bagi lelaki, lelaki gelap sesuai warna apa; warna tema sesuai ke pejabat;

6 comments:

  1. Warna kelabu padan sesuai dengan warna ape ye?

    ReplyDelete
  2. Cara menyesuaikan warna baju dengan seluar (Padanan warna)

    1. Warna Baju Kelabu (gelap) - Seluar Putih / hitam / taupe (kelabu cerah)

    2. Warna Baju Biru Gelap (Navy Blue) - Seluar Putih / Hitam / Biru Gelap / taupe / kelabu gelap

    3. Warna baju Biru Muda (Turquoise) - Seluar Putih / kelabu Gelap / biru gelap / denim / khakis

    4. Warna Baju Hitam - Seluar Putih / taupe / Indigo Gelap / navy Blue

    5. Warna Baju Beige (Putih kekuningan) - Seluar Putih, Light Grey, Warna Khakis

    6. Warna Baju Coklat - Seluar putih / taupe /beige / coklat muda

    ReplyDelete
  3. Kebiasannya, warna blazzer sama dengan warna seluar atau seluar lebih gelap sedikit

    ReplyDelete
  4. baju biru navy kasut ap yg sesuai untuk digayakan??

    ReplyDelete
  5. Kawan2.... saya nak kater nie jer.... blog nie memang best ...
    idea yg padat dan kupasan yg ringan .. memang x
    boring surf blog nie... (dah share kat fb) tq admin...


    Also visit my blog post: Butik Blouse Malaysia

    ReplyDelete
  6. Warna kasut yang sesuai dipadankan dengan aksesori seperti tali pinggang / topi / jam / sedikit warna kasut sama padan dengan baju

    Awas kalau kasut kaler hijau jangan pakai seluar kaler hijau yang sama

    ReplyDelete

ShareThis

Lagi Info Menarik

DIY Buat Sendiri Perangkap Lipas
Posted On Sat Dec 07 2013

Mungkin ada yang pening kepala sebab anak anda meminta anda menangkap lipas tetapi anda takut juga kat ...

10 Tips Mudah Kurangkan Stress di Tempat Kerja
Posted On Mon May 27 2013

Kerja - seharian masa kita kebanyakannya di tempat kerja. Macam-macam karenah yang akan kita alami - sem ...

Kasiat Makan Buah Tin
Posted On Sat Oct 12 2013

Kelazatan buah tin KELEBIHAN BUAH TIN buah yang disebut dalam AL QURAN. Nabi Muhammad SAW juga pernah ...

..
Hukum Membunuh Katak
Posted On Sat Jun 14 2014

Ramai dari kalangan kita yang membawa kenderaan (misalnya) tidak prihatin atau tidak mengelak pada kata ...

Berkawan Biarlah Ikhlas
Posted On Sun Jun 16 2013

Semua orang mempunyai kawan. Tapi tahu tak ramai diantara kawan kita itu ada perangai yang berlainan dan ...

Tips Melancong Ke Luar Negeri
Posted On Mon May 27 2013

Tip Ketika Melancong Ke Luar Negara, Untuk keselamatan dan langkah berjaga-jaga, namun kadangkala ia berl ...

Jom Mohon BR1M 3.0 atau Cara Update Online
Posted On Tue Dec 24 2013

Wah sekarang pendapatan bawah RM 4000 boleh memohon brim tahun depan 2014. Tapi macamana nak mohon ye? ...

..

My Blog List