PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Showing posts with label Fesyen. Show all posts
Showing posts with label Fesyen. Show all posts

Saturday, July 26, 2014

Panduan Beli Barangan Online Zalora

Jika anda tercari-cari macamana nak beli barangan online, mungkin anda pertama kali dan takut nak mulakan.

Saya cadangkan anda melawat halaman Zalora, kedai online terpopular sekarang ni. Kredit kepada yang mencipta namanya sebab kat internet terpampang je namanya macam seakan-akan satu jenama ekslusif.

Tapi kita sering dengar ada yang mengatakan Zalora tidak memberikan perkhidmatan yang baik, penghantaran lambat, anda akan tertipu, seringkali dapat saiz pakaian yang tidak sama seperti yang dipesan dan macam-macam lagilah... SEMUA INI TIDAK BENAR SAMA-SEKALI.

Monday, July 7, 2014

Koleksi Baju Melayu Raya Moden Lelaki

Fesyen pakaian orang laki dengan pompuan sentiasa berubah ikut peredaran masa... cumanya fesyen lelaki ni mungkin lambat skit arus perkembangan dia berbanding fesyen orang pompuan sbb tak banyak ruang untuk mengolah fesyen lelaki sepertimana fesyen wanita... Tapi, bagi pakaian tradisional lelaki Malaysia, apa yg kita boleh nampak kini adalah pertembungan gaya klasik dan moden...Bertambahlah jika nak menjelang raya tak kira Hari Raya Aidilfitri (Raya Puasa / Syahwal) ataupun Hari Raya Aidiladha (Raya Haji)


Baju Melayu moden misalnya adalah pakaian tradisional yang direkabentuk untuk lelaki zaman sekarang... Ianya telah diberikan sentuhan moden bagi diketengahkan dalam pasaran fesyen yang lebih besar dan mengikut trend terkini... Masih sama seperti dulu, baju melayu moden masih tetap murah dan mampu dimiliki oleh semua orang. Malah ia masih kekal popular sebagai pilihan utama di hari raya selain dari jubah moden. Biasanya jenis baju yang dapat perhatian adalah jenis Baju Melayu Teluk Belangan dan Baju Melayu Cekak Musang...

Monday, June 30, 2014

Fesyen Lelaki Terkini - Pilih Trend / gaya

Semakin hari dunia fesyen semakin mengembang malah lelaki juga tidak ketinggalan dalam berfesyen. Adakalanya aku nampak sesetengah orang ter over dalam berfesyen dan tidak sedar yang pakaian yg dipakainya itu sebenarnya nampak pelik. Disini aku ada beberapa tips untuk orang yang baru sahaja ingin memulakan diri dalam dunia fesyen. I bukan lah tahu sangat dalam dunia ni. Tapi sekurang-kurangnya aku tahu macam mana nak bezakan yang cantik dan buruk.

Setelah anda faham dengan jenis potongan badan sendiri, anda akan mula memakai pakaian dengan potongan rekaan yang paling sesuai dan selesa dengan tubuh anda. Semestinya tiada siapa yang akan kelihatan anggun atau segak dengan memakai pakaian ( contohnya: jaket, gaun, seluar dan sebagainya) yang terlalu ketat atau longgar.

Saturday, December 7, 2013

Tips Jaga Seluar Jeans Kegemaran Anda

Sekurang-kurangnya, setiap lelaki daripada anda pasti akan memiliki satu atau dua jeans sebagai seluar kegemaran.. Namun, tidak ramai yg tahu cara utk menjaganya dgn betul & baik.. Di sini beLog infosantai nak berkongsi beberapa tips mudah & praktikal bagaimana utk menjaga jeans kesayangan anda tue

ASINGKAN JEANS KETIKA MENCUCI
JANGAN campur adukkan jeans dgn pakaian-pakaian lain ketika mencuci.. Ini adalah utk mengelakkan kerosakkan pada tekstur jeans tersebut.. Lebih malang lagi kalau pakaian yg bercampur-aduk tue jenis mudah luntur warnanya.. Memang nahas lar jawabnya jeans korang-korang

Friday, November 29, 2013

Jenis Jeans Lelaki Yang Sesuai

Pemilihan JEANS yg bertepatan dgn tubuh badan & citarasa adakalanya sangat sukar utk ditentukan.. Tambahan pula sekarang nie sudah banyak jenama JEANS di pasaran seperti cendawan tumbuh selepas hujan yg masing-masing berlumba 100m utk menawarkan pelbagai pilihan yg terbaik..


Tetapi untuk membeli JEANS agar bersesuaian dgn diri & tak pelik di mata orang, korang-korang perlu mengikut kriteria-kriteria tertentu.. Di sini infosantai nak share beberapa kriteria utama yg korang-korang perlu ikut utk mendapatkan JEANS yg terbaik :-

Saturday, August 31, 2013

Galeri Formal Terkini Baju Lelaki

Kebanyakan trend dalam tahun 2013 ni, semua mahu mengikut fesyen korea. Kebanyakan baju dan seluar jenis fit. Sy bukanlah jenis yang pandai atau terkedepan pasal fesyen-fesyen terkini ni, cuma sekadar berkongsi padanan sesuai warna kemeja setelah badan ni sekejap gempal, sekejap kurus semula dek gara-gara mengejar fesyen ini.

Fesyen jejaka korea - Baju slim fit hitam lengan panjang
dengan warna cuff dan leher bewarna jalur hitam
dipadankan seluar  slack warna khakis

Saturday, August 3, 2013

Alamak, Seluar Ketat Jadi Tak Subur

Biar Betul!!! Tidak kiralah sama ada seluar pendek ketat, skinny jeans mahupun spandex, ianya ada kena-mengena dengan kesihatan lelaki. Elak mengambil risiko yang boleh menjejaskan kesihatan anda semata-mata mahu bergaya. Melainkan anda seorang fashionable tegar yang menolak tepi akan kepentingan kesuburan untuk masa depan.



Menurut pakar perubatan dan kesihatan dari United Kingdom, Dr. Hilary Jones, beliau ada menerangkan bahawa pemakaian seluar ketat boleh menyebabkan testikel terbelit, pundi kencing menjadi lemah dan jangkitan pada saluran air kencing. Selain itu, jumlah sperma akan berkurangan dan memudahkan jangkitan kulat gara-gara seluar berfesyen ini.

Friday, August 2, 2013

Warna Turqoise Untuk Jejaka

Pening kepala memikirkan warna apa lagi selain warna-warna tanah sesuai untuk dikenakan. Balik balik girlfriend ataupun isteri mencebik, mengatakan, "asik baju hitam je yang awak pakai, takde warna lain kah?"


Ramai lelaki kurang tahu akan warna Turqoise amat sesuai kepada semua jenis warna kulit orang timur, tak kira gelap, sawo matang, hitam manis ataupun kulitnya terang. Apa warna Turqoise ni?

Ubah Penampilan Lelaki, 10 Tips

Selalukan nampak tajuk macam tu kat dalam majalah? terus hati pun terkinja2 tidak kesabaran nak tahu lantas jari pun cepat membelek ke muka surat yang dikehendaki tanpa menghiraukan kisah rintihan ibu tunggal di muka surat depan.


Baiklah. Atas nama kesedaran tentang pentingnya PENAMPILAN maka saya bawakan khas tips berfesyen untuk anda khusunya lelaki. Kenapa lelaki saja? sebab perempuan dah teror dalam benda2 macam ni. Jom kita berkongsi tips ni untuk tampil lebih menawan di hadapan sekalian manusia.

Sunday, July 28, 2013

Tip Membeli Pakaian Ke Tempat Kerja

Pening kepala memikirkan trend membeli pakaian. jangan main tarah / taram je. Ingat ada yang akan memerhati penampilan anda di pejabat, mana tahu mungkin akan mencerminkan imej baik dan seterusnya mendapat tempat di hati bos dan mungkin naik pangkat. Elakkan stress di tempat kerja dan tampil cergas dan segak ke pejabat.

mungkin boleh rancang ikut hari


Aksesori Lelaki Untuk Formal

Ramai yang tak mengetahui akan kepentingan memiliki ataupun mengenakan beberapa aksesori pada pakaian sama ada kena ke tidak apabila menggayakannya. Ada beberapa jenis aksesori lelaki yang patut dan tak patut anda buat jika ingin menggayakannya.

Suspenders (tali pada seluar slack



Elok dipakai dengan seluar berlisu (pleated)
Elakkan seluar yang mempunyai gelung untuk bertali pinggang.
Seluar yang dipakai dengan suspenders hendaklah longgar di bahagian pinggang.
Jangan memakai tali pinggang bersama-sama suspenders.

Bagaimana Memilih Seluar Lelaki

Kebanyakan lelaki tidak terlalu menitikberatkan tentang apa yang dipakainya. Mungkin juga mereka mahu mengubah cara pemakaian mereka tetapi tidak terlalu memahami apa yang sesuai dipakai. Hari ini saya ingin menerangkan sedikit tips tentang bagaimana memilih seluar yang sesuai untuk anda.



Kebanyakan korean dan japanese style terarah kepada smart style, yang pastinya sangat popular ketika ini

Sunday, July 21, 2013

Warna Sesuai untuk Lelaki

Warna selalunya diterjemahkan sebagai suatu yang menonjolkan peribadi seseorang. Kita juga secara tidak langsung berinteraksi secara terus menerusi warna-warna sekeliling yang wujud dalam kehidupan tidak kira dari segi semulajadi mahupun buatan manusia. Oleh itu, secara lazimnya, kita telah meletakkan sesuatu persepsi bahawa warna juga boleh melambangkan sesuatu gender yakni lelaki mahupun wanita.


Warna-warna gelap, kuat dan warna bumi, sering dikaitkan dengan golongan lelaki. Lelaki lebih ditumpukan kepada golongan warna yang mudah digayakan dengan apa fesyen dan cara pemakaian sekalipun. Mahupun tatacara pemakaian ke pejabat, ruangan santai mahupun berada di rumah. Semuanya bercirikan warna-warna gelap versi terang yang melambangkan kekuatan lelaki.

Sunday, June 16, 2013

Tips Mengenakan Tali Pinggang

Beberapa perkara berikut perlu anda ketahui dan nilai sebelum memilih tali pinggang untuk digayakan.


1. Jenis tali pinggang

Hanya dua jenis tali pinggang yang perlu anda tahu: Kasual dan formal. Bagaimana untuk mengetahui mana satu tali pinggang kasual, mana satu formal? Secara logiknya, pasti anda boleh bezakan kedua-duanya. Masih belum pasti? Baiklah, tali pinggang dengan ukuran lebar bermaksud ia adalah tali pinggang kasual. Ia juga bertekstur, lebih lembut dan flat. Tali pinggang formal pula biasanya berkilat dan perincian penyudahnya kemas. Untuk menjadikan anda seorang yang berfesyen, pastikan anda memiliki sekurang-kurangnya satu dari kedua-dua jenis ini.


Monday, May 27, 2013

Panduan Memilih Kemeja Lelaki

Kemeja bukan hanya sekadar sehelai pakaian harian yang biasa. Ia mampu memberi impak terhadap penampilan. Ke pejabat, menghadiri mesyuarat penting mahupun majlis formal. Namun tak ramai di antara kita tahu memilih kemeja sesuai untuk aktiviti harian di pejabat. Perlu diingat, setiap orang mempunyai bentuk tubuh dan personaliti berbeza, dan ini membuatkan seseorang itu kelihatan berbeza dan bergaya. Banyak perkara yang perlu kita tahu tentang sehelai kemeja. Ini termasuklah kualiti, stail dan perinciannya. Tips berikut membantu kita semua memilih sehelai kemeja yang tepat.




Tips Menggayakan Tali Leher

Tidak lengkap gaya seseorang eksekutif muda tanpa mengenakan tali leher. Bagaimanapun, masih ada segelintir darinya yang kurang berminat untuk memakainya biarpun ketika menghadiri majlis formal seperti mesyuarat atau bertemu klien. Mungkin disebabkan malas atau tidak mahir mengikat, masalah memilih warna, corak dan sebagainya. Bagi merungkai masalah yang membelenggu diri, di sini ada sedikit info yang menampilkan pelbagai info untuk diikuti berkenaan tali leher.





Tip kaca mata hitam

Memang selesa bergaya dengan kaca mata hitam. Ada macam-macam bentuk dan gaya kaca mata hitam, Mana nak pilih ye


Monday, December 31, 2012

Metroseksual dan Lelaki

Lelaki Metroseksual


Metroseksual adalah sebuah istilah baru, sebuah kata majmuk yang berasal dari panduan dua istilah: metropolitan dan heteroseksual. Istilah ini dipopulerkan pada tahun 1994 untuk merujuk kepada lelaki (khususnya yang hidup pada

Thursday, December 27, 2012

Oh Lelaki - Jaga Pakaian Anda

MEMILIH pakaian di kedai lebih mudah daripada menjaganya. Begitulah yang sesuai digambarkan dalam soal menguruskan pakaian. Sebagai lelaki, soal menjaga pakaian kadangkala tidak begitu dititik beratkan berbanding kaum wanita.Namun kita harus sedar, pakaian mencerminkan keperibadian. Cantik pakaian, cantik jualah pandangan. Untuk itu, cuba beberapa tip asas menjaga pakaian yang sesuai diamalkan agar anda berpenampilan kemas dan menarik


1. Rehatkan pakaian

SEPERTI anda, pakaian juga memerlukan rehat. Jadi, pastikan anda berganti pakaian yang anda pakai setiap hari. Pakaian jenis suit misalnya, memerlukan sekurang kurangnya sehari untuk direhatkan sebelum digunakan semula keesokannya.

Thursday, December 13, 2012

Seluar Lelaki - Makna Pemakaian

Selalu je kita tengok macam-macam fesyen seluar lelaki kan. Cuba kita try intai apa maknanye di sebalik seluar yang diorang pakai, Hot kerr.

Seluar Jeans


Lelaki yg menggemari seluar jeans adalah seorang yg optimis & tenang, gaya tersendiri, amat mengasihi org yg disayangi, sanggup berkorban apa saja tapi ...

ShareThis

Lagi Info Menarik

.. ..

My Blog List