Anda seorang lelaki? ingin tahu personaliti anda? atau kepada aweks-aweks yang ingin Mengenali sifat kerektor pasangan masing masing...berikan sedikit informasi kat sini okey...
Baca Seterusnya...
Playboy
Lelaki jenis ini biasanya sentiasa kemas, trendy serta agak berani memilih warna-warna Yang cerah. Hobinya suka bershopping dan biasanya ditemui ditempat yang dikunjungi oleh ramai awek-awek. Gadis pilihannya mestilah yang pandai bergaya. Dia mudah diajak ke Shopping Complex untuk bershopping dan susah diajak ke tempat-tempat yang panas seperti di tepi pantai. Dia ok kerana tidak segan untuk dibawa berjumpa dengan teman-teman.
(Gambar2 ni) : Hiasan Je ok.. |
Lelaki jenis ini pula lebih berani menampilkan diri lain daripada orang lain. Hobinya gemar menonton acara-acara kesenian seperti pementasan teater, drama, tarian dan sebagainya. Lelaki jenis ini biasanya mudah ditemui di panggung pementasan teater dan acara kesenian. Gadis pilihannya ialah gadis yang mempunyai cirri-ciri ?Easy Going?. Ia mudah diajak untuk pergi ke majlis tidak formal dan bersantai dan susah untuk diajak ke majlis yang formal. Lelaki jenis ini ok kerana dia tidak terlalu menggongkong pasangannya.
Penjajah
Lelaki yang sentiasa bergaya seperti bos. Hobinya suka memberi arahan kepada orang lain. Lelaki jenis ini biasa ditemui dipejabat dan gadis yang dipilih adalah jenis gadis yang mudah untuk mengikut segala cakapnya. Dia mudah diajak untuk dijadikan teman untuk melakukan sesuatu kerja dan susah untuk diajak berbual-bual. Lelaki jenis ini ok kerana sentiasa kreatif ketika orang lain hilang idea.
Hi-Tech
Lelaki jenis ini mempunyai penampilan diri yang tersendiri. Hobinya suka menukar barangan elektronik seperti handphone, walkman dan sebagainya. Dia biasanya senang ditemui di pameran-pameran IT dan ditempat-tempat yang mempunyai kemudahan IT. Lelaki jenis ini memilih pasangan yang ?Celik IT?. Dia mudah untuk diajak untuk mengunjungi pameran-pameran IT dan susah diajak ke tempat-tempat yang tidak mempunyai kemudahan IT. Lelaki jenis ini ok kerana dinamik dan sentiasa mengetahui tentang perkembangan dunia IT.
Ideal
Lelaki jenis ini mempunyai penampilan yang sederhana dan sama seperti lelaki yang lazimnya. Hobinya suka membaca buku-buku ilmiah dan biasanya ditemui di pejabat. Gadis pilihannya mestilah gadis yang mempunyai ramai kenalan. Dia mudah diajak untuk berbincang mengenai isu-isu semasa dan susah diajak untuk meronda-ronda. Dia ok kerana sentiasa jujur dan berpengetahuan luas.
cadangan membaca : 36 ciri-ciri lelaki
Bersahaja
Erm?lelaki jenis ini mempunyai cirri-ciri penampilan yang sukakan warna-warna yang konvensional. Hobinya suka menonton televisyen dan bermain permainan video. Dia mudah ditemui di rumah dan di perpustakaan. Gadis pilihan yang dipilih adalah gadis yang agresif dan yang lasak. Mudah diajak untuk menjadi pemandu peribadi dan susah diajak untuk mencuba sesuatu yang baru. Dia ok kerana kehidupannya yang sentiasa tenang.
Easy Going
Lelaki jenis ini mempunyai cirri-ciri penampilan yang sentiasa bijak memilih pakaian yang sesuai dengan majlis. Hobinya suka berhibur di kelab-kelab malam dan biasanya ditemui di Café. Gadis pilihan yang dipilih mestilah yang ramah. Dia mudah diajak untuk bergaul dengan teman-teman dan susah diajak untuk membina hubungan yang serius. Lelaki jenis ini ok kerana mudah serasi dan bijak menyesuaikan diri.
Manja
Lelaki jenis ini pula mempunyai penampilan diri yang sukakan baju yang bergambar kartun. Hobinya suka bermain permainan video seperti ?play-station? dan biasanya ditemui di pusat-pusat permainan video. Gadis pilihan yang dipilih oleh lelaki jenis ini adalah gadis yang mempunyai cirri-ciri keibuan. Dia mudah diajak untuk bercuti dan susah diajak untuk dijadikan tempat bermanja. Lelaki jenis ini ok kerana boleh buatkan kamu awet muda.
Macho
Lelaki jenis ini mempunyai penampilan diri yang gemar berseluar jeans atau seluar pendek (lelaki hot). Hobinya melakukan aktiviti-aktiviti sukan lasak seperti mendaki gunung dan biasanya ditemui di lokasi sukan lasak. Gadis pilihan yang dipilih lelaki jenis ini mestilah pandai berdikari dan feminine. Dia mudah diajak untuk ?Back-Packing? dan susah diajak untuk berjumpa dengan teman-teman atau ke majlis yang dihadiri ramai tetamu. Lelaki jenis ini ok kerana kamu akan merasakan diri kamu adalah teman wanitanya yang paling disayangi.
Idaman Gadis
Lelaki jenis mempunyai penampilan diri yang sentiasa kemas, rapi, bersih dan bersopan. Hobinya? Kerja adalah segala-galanya dan tidak mempunyai hobi yang tetap dan biasanya ditemui dipejabat. Gadis pilihannya adalah jenis yang sentiasa cergas, ceria, cerdik dan cantik. Mudah diajak untuk berbual dan susah diajak untuk pergi meronda-ronda. Lelaki jenis ini ok kerana masa depan kamu lebih terjamin.
Atlet
Lelaki jenis ini mempunyai penampilan diri yang sportif dan mempunyai susuk tubuh yang tegap serta memiliki perut berotot. Hobinya? Erm?mestilah suka bersenam dan biasanya mudah ditemui ditempat-tempat seperti di gymnasium. Gadis pilihan yang dipilih mestilah tahu serba sedikit tentang olahraga. Mudah diajak untuk berjongging dan bersenam dan susah diajak untuk membuang masa dengan kegiatan yang tidak berfaedah. Lelaki jenis ini ok kerana membuatkan kamu sihat dan cergas sepertinya.
Romantis
Lelaki jenis ini mempunyai penampilan diri yang bersopan dan gemar berseluar panjang. Hobinya suka mengumpul lagu-lagu cinta, menulis dan bersenam dan biasanya mudah ditemui di kedai-kedai buku dan kaset. Gadis pilihan yang dipilih mestilah sederhana dan mempunyai ?sense of humor?. Mudah diajak untuk pergi ke tempat-tempat yang romantik dan susah diajak untuk berseronok tanpa tujuan. Lelaki jenis ini ok kerana tidak menyusahkan orang lain.
cadangan membaca : 10 sifat pemalas lelaki
Adoi banyaknya jenis lelaki.
ReplyDeleteJadi, apa jenis lelaki yang perlu dijauhi? jenis penipu dan yang tidak boleh dipercayai? Yg tak tau malu, kaki kikis, Pemalas dll
Semua kat Atas tu positf je