Di bawah ini terdapat beberapa cara yang mudah untuk menidurkan bayi kita tanpa menggunakan buaian..pada ibubapa yang anak mereka susah untuk tidur marilah kita cuba cara-cara di bawah ini...
1-Tukarkan lampin yang baru dan bersih
2-Lap badan dengan tuala basah dan tukarkan dengan baju yang baru dan bersih.
3-Ambil lotion atau minyak angin urut dengan lembut dibahagian belakang dan bahagian perut si manja anda.
4-Jika masih tak mahu tidur cuba urutan lembut dibahagian betis serta tapak kaki dengan minyak angin atau lotion.
5-Urutan pada bahagian badan, perut, betis dan tapak kaki melegakan rasa kurang selesa bayi anda.
6-Tidurkanlah anak anda dalam keadaan mengereng ke kanan kerana itu adalah tidur yang paling baik untuk bayi dan lebih baik tidak perlu menggunakan buaian dengan kerap untuk menidurkan anak kita.
7-Tepuklah perlahan2, nyanyikan lagu kegemaran anak atau berselawat hingga baby itu tertidur..
Urutlah tapak kaki seperti gambar rajah di bawah...
No comments:
Post a Comment