Nyamuk... Sejak bila pula ia hisap benda selain darah? |
Sel khusus di dalam salah satu dari tiga organ yang membentuk hidung nyamuk disesuaikan untuk mengidentifikasi bahan kimia berbeza yang terbentuk dari bau badan manusia. Bagi beberapa nyamuk, keringat beberapa orang baunya lebih baik daripada orang lainnya kerana perbezaan kandungan karbon dioksida, octenol dan senyawa lain yang membentuk bau badan. Klik untuk buat sendiri perangkap nyamuk
Terdapat enam penyebab mengapa nyamuk suka mendekati dan menghisap darah Anda:
1. Warna Gelap
Menurut Grayson Brown, PhD, selama berabad-abad nyamuk berevolusi untuk berburu mamalia yang berbulu dan berwarna gelap. Dalam ujian yang dilakukannya di lapangan, para pekerja yang mengenakan seragam putih mahupun berwarna cerah kurang menarik perhatian nyamuk.
2. Aroma Bunga
Tidak hanya lebah, nyamuk juga suka menghurung nektar yang terdapat pada bunga. Nektar dapat memberikan tenaga kepada nyamuk untuk terbang dan menyengat. Jadi, jika Anda menggunakan minyak wangi berbau-bauan bunga, nyamuk akan terus tertarik pada Anda kerana mengira Anda adalah sumber nektar.
3. Hamil
Wanita hamil lebih disukai oleh nyamuk terutamanya dalam tahap akhir kehamilan, kadar nafas 21 peratus lebih tinggi daripada biasa. Saat membuang nafas yang tinggi ini menyebabkan kelembapan dan ini sangat disukai oleh nyamuk. Wanita hamil juga cenderung memiliki suhu tubuh sedikit lebih tinggi sehingga lebih mudah bagi nyamuk untuk mengesan kehadiran wanita hamil di sekitar mereka.
4. Berjaga
Seperti yang disebutkan di atas, nyamuk betina sangat aktif di malam hari untuk memburu protein yang terkandung di dalam darah. Protein ini diperlukan nyamuk untuk perkembangan telurnya. Jadi boleh dikatakan nyamuk betina menghisap darah Anda untuk mempertahankan kelangsungan hidup spesiesnya.
5. Berkeringat
Penelitian dari Yale University, Amerika Syarikat, menemukan bahawa nyamuk dapat mengessan zat kimia dalam keringat manusia. Jadi jika Anda berkeringat, segera keringkan dengan tuala agar Anda tidak dikelilingi nyamuk.
No comments:
Post a Comment