PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Thursday, September 19, 2013

Petua Hilangkan Angin Badan

Angin perut bahaya kalau dibiarkan
Gas yang terdapat dalam sistem penghadaman atau sistem gastrointestinal selalunya mengandungi gas yang tidak berbau seperti oksigen, nitrogen, karbon dioksida, hidrogen dan metana. Ia mengandungi 99% gas buangan dalam usus. Komponen kecil “flatus” atau gas yang keluar melalui dubur, boleh dikaitkan dengan bau yang tidak menyenangkan mungkin disebabkan gas yang mengandungi sulfur. Ia biasanya dilepaskan oleh bakteria yang sememangnya ada dalam usus besar.



Gas atau angin di dalam sistem penghadaman (perut, usus kecil dan usus besar) datangnya dari 2 sumber iaitu, udara yang disedut dan bakteria yang terdapat di dalam usus besar akibat gangguan daripada sesetengah bahan makanan yang tidak dapat di hadam dengan baik dalam badan kita.

Berikut adalah makanan yang menyebabkan angin dalam badan:
§ Kacang
§ Sayuran seperti brokoli
§ Kobis
§ Taugeh
§ Bawang
§ Asparagus
§ Buah-buahan seperti pear, epal dan peach
§ Bijirin seperti roti gandum
§ Minuman ringan dan jus buah
§ Susu dan produk daripada susu dan keju
§ Makanan dalam peket yang mempunyai laktus di dalamnya seperti roti, bijirin dan sos salad.

Apa yang boleh dilakukan jika badan banyak angin?
1. Ubahlah apa yang anda makan dan minum
2. Banyakkan minum air kosong.
3. Kurangkan udara yang anda sedut.
4. Makan perlahan-lahan dan kunyah lebih.
5. Elakkan makan gula-gula keras dan mengunyah gula-gula getah.

Petua Melayu Untuk Buang Angin Dalam Badan
1. Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya.
2. Hiris bawang putih nipis-nipis.
3. Rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas.
4. Minum ramuan ini sebulan sekali.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Lagi Info Menarik

.. ..

My Blog List