Showing posts with label Cinta. Show all posts

Monday, December 31, 2012
8 Tanda-Tanda Dialah JodohMu
Mencari pasangan untuk sehidup semati adalah pekara yang paling menggusarkan dan memeningkan kepala. Bagi setiap pasangan, banyak pekara yang perlu dipertimbangkan supaya selepas perkahwinan setiap yang diidamkan akan menjadi sesuatu detik yang indah sepanjang hayat.
Tanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat… kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!
Tanda 2
Sunday, October 14, 2012
Mengawal Perasaan Cemburu Gila
1. Apabila dirasuk perasaan cemburu, berfikirlah secara rasional dan
matang. Apakah cemburu yang timbul itu adil terhadap pasangan anda?
Jangan sesekali membenarkan fikiran anda merayau dan berfikir tentang
perkara-perkara yang akan menambah burukkan emosi cemburu anda.
Sebagai contohnya, pasangan kekasih berjanji untuk berjumpa anda pada pukul 7 malam tetapi dia sms mengatakan akan lewat 2 jam kerana terpaksa menghabiskan kerja. Anda tahu kekasih anda terpaksa bekerja dengan seorang eksekutif wanita yang cantik dan belum berkahwin. Apabila diberitahu, anda akan dihujani dengan perasaan yang selalunya tidak masuk akal, lantas perasaan cemburu menjadi lebih membuak-buak. Perasaan anda yang pertama, mungkin kekasih anda tertarik kepada wanita ini dan oleh itu ingin menghabiskan masa bersamanya berbanding dengan anda.
Perasaan kedua, kekasih anda tidak bekerja lebih masa sebaliknya keluar dengan wanita ini kerana wanita ini lebih menarik daripada anda.
Perasaan ketiga, kekasih anda akan bersama dengan wanita ini di pejabat dan macam-macam boleh berlaku. Hentikan! Jika begini cara anda berfikir, anda membenarkan fikiran anda dikawal emosi dan setiap kali anda mengagak apa yang mungkin berlaku, hati terasa ingin pecah kerana cemburu.
2. Untuk mengawal emosi dengan fikiran, anda perlu berfikir begini. Ketika menerima sms daripada si teman, yakinkan diri anda dia seorang yang bertanggungjawab dan kuat bekerja untuk kebaikan anda berdua di hari muka. Balaslah sms beliau dengan mengatakan bahawa anda faham keadaannya dan akan menunggu tetapi jangan terlalu lambat. Batalkan temu janji dan harap-harap dapat bertemu lain kali kerana tidak bagus untuk menekankan teman yang sedang bekerja. Jadi dengan berfikiran positif, cemburu akan dapat diatasi dan teman anda akan lebih menyayangi kerana anda memahami. Seandainya terbukti pasangan anda menipu anda, sekurang-kurangnya anda telah mempercayainya dan segala pembohongan biar dia tanggung seorang.
3. Ingatlah, di dalam sesuatu perhubungan, cemburu itu amat bahaya. Pandai-pandailah bermain cemburu, jangan sampai merosakkan perhubungan anda berdua.

Kenapa Pasangan Lelaki Anda Sanggup Meninggalkan Anda?
1. Menurut sesetengah orang lelaki, sewaktu mula hangat bercinta dahulu, wanita biasanya amat prihatin dengan kecantikan diri, menghiasi diri dengan pakaian cantik, wangian yang menggoda dan mudah ketawa dengan lawak jenaka yang dibuat oleh kaum lelaki.
2. Sedang masa berlalu, wanita sudah mula bersifat sambil lewa, tidak kisah lagi pilihan pakaian yang sesuai, dan tidak menumpukan perhatian ketika lelaki sedang bercakap. Lawak jenaka yang sewaktu ketika dahulu berjaya menghasilkan senyuman tawa riang, sekarang hanya disambuti senyuman ala kadar dan cukup syarat.
3. Lelaki tidak akan meninggalkan wanita kerana wanita lain yang lebih cantik dan langsing. Lelaki sebenarnya amat memerlukan penghargaan dari seorang wanita. Penghargaan ini adalah ‘driving force’ dan juga penerimaan terhadap identiti diri seseorang lelaki.
Pendapat Sesetengah Orang Lelaki Mengenai Orang Perempuan
1. Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai
perkara besar, contohnya soal pilih gerai makan. Wanita cerewet mengenai
pemilihan gerai makan atau restoran sehingga suka tarik muka jika
geraiatau restoran itu tidak berkenan di hati. Sedangkan lelaki anggap
soal makan di mana sahaja boleh.
2. Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir.
3. Wanita suka sangat diberikan perhatian dan manja tidak bertempat dan sikap ini menyebabkan mereka sentiasa ‘syok sendiri’ dan suka dipuji. Jika tidak dipuji mereka akan merajuk.
4. Wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka, sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.
5. Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati dan bersikap tanggungjawab pada wanita. Wanita kena menerima hakikat itu.
6. Suka membeli-belah terlalu lama hingga membosankan lelaki. Itu sebabnya lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang suka sangat menghabiskan masa untuk tujuan itu.
7. Terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah ‘mengata dan mengutuk’.
8. Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.
9. Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising dan ini tidak bermakna mereka tidak prihatin kepada teman wanita atau anak dan isteri.
10. Lelaki tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal dan jika isteri atau teman wanita melakukan pengawalan itu pada lelaki, lelaki akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan wanita.

Saturday, October 13, 2012
Petua Lelaki Bujang Bercinta Dengan Ibu Tunggal
Petua Untuk Lelaki Bujang Bercinta Dengan Ibu Tunggal
1. Jangan Terlalu Mendesak - Wanita ibu tunggal ini pastinya mempunyai trauma dalam perkahwinan mereka. Ada yang mungkin pernah dipukul oleh suami, menderita zahir dan batinnya serta lain-lain masalah yang timbul dalam perkahwinan terdahuluny. Justeru itu, jika anda mahu memiliki cinta mereka, jangan sesekali mendesak agar mereka dapat menerima anda di awal perkenalan mereka kerana trauma yang masih wujud akan membuatkan mereka sering berfikir banyak kali untuk perkahwinan keduanya. Mulakanlah perhubungan dengan niat yang baik dan jika anda sudah benar-benar memahami dirinya dan si dia juga sudah benar-benar mengenali diri anda, maka hubungan cinta itu boleh diteruskan.
2. Jangan Terarah Kepada Hubungan Seks Semata-mata - Umumnya, golongan lelaki sering memandang rendah kepada golongan ibu tunggal seolah-olah mereka terlalu dahaga mahu melakukan hubungan seks. Bagi wanita, cinta yang tulus ikhlas, sifat penyayang dan lain-lain situasi yang menyenangkan mereka adalah pandangan pada cinta pertama. Tidak semua wanita ‘dahagakan seks’ biarpun mereka telah lama putus hubungan di ranjang. Mungkin anda perlu menetapkan pendirian, apakah tujuan utama anda berkawan dengan ibu tunggal ini, semata-mata kerana seks atau anda benar-benar mencintainya dan mahu mengahwininya? Jika anda seorang Islam, ingat hubungan seks sebelum nikah itu haram. Jangan mengambil kesempatan ke atas kaum wanita.
3. Berterus-terang Dengan Keluarga - Jika anda mahu mengakhiri perhubungan ke jinjang pelamin, anda harus meyakinkan keluarga tentang wanita pilihan anda. Anda perlu berpendirian tetap kerana kebanyakan hubungan begini pasti akan mendapat tentangan. Jelaskan juga mengapa anda memilihnya dan apa baik buruknya telah anda kaji lebih mendalam. InsyaAllah, jika anda bertegas pada pendirian, pastinya hubungan itu akan berkekalan. Ini kerana golongan ibu tunggal adalah manusia biasa dan mereka juga punya hati dan perasaan yang perlu dijaga, bukannya disakiti selalu. Kalau perlu, buktikan juga kepada masyarakat khasnya sanak saudara yang akan masuk campur menjadi ‘nasi tambah’ jika anda mahu mengahwininya. — with Rizky Setyo, Fairul Anuar Mohd, Faizan Hamdan, Khairul Amri Amri and Sug Geh.

Petua Memberi Hadiah Pasangan Lelaki Anda
Lelaki ialah golongan yang sukar untuk diselami hati dan perasaannya. Sebenarnya lelaki boleh digolongkan dalam beberapa kumpulan antaranya lelaki manja, macho, aktif, romantik dan sensitif.
1. Jika lelaki meminati barangan seperti patung, kad-kad muzikal berbaur cinta atau baju-T dan seluar, bermakna lelaki ini tergolong dalam lelaki yang manja. Bagi lelaki macho, mereka pula lebih menggemari hadiah daripada wanita yang berupa jaket kulit, tali pinggang kulit, topi keledar atau yang melibatkan motosikal berkuasa besar dan kereta sport.
2. Lelaki romantik pula akan menggemari hadiah berupa ungkapan I Love You, cakera padat lagu-lagu romantik, foto atau barangan yang melibatkan mesej dan makna simbolik.
3. Untuk lelaki sensitif pula, mereka ini lebih menyukai hadiah seperti buku, sajak atau diari agar mereka dapat menghabiskan masa bersendirian.
4. Lelaki aktif pula menggemari hadiah berupa barangan seperti kasut, seluar dan baju sukan, topi, jam tangan atau pil vitamin.
5. Justeru, sebagai wanita, adalah penting untuk anda mengetahui jenis apakah kekasih anda. Hakikatnya, memang susah menjaga hati lelaki. Apatah lagi memikirkan apakah yang hadiah sesuai untuk lelaki kesayangan anda.
Petua Untuk Memanjakan Suami
1. Suami sentiasa mengidamkan belaian isteri. Tangan isteri mengurut manja kaki yang lenguh atau sekadar mengusap belakang atau lengan ketika menonton televisyen sudah membuatkan suami berasa sangat disayangi.
Petua Pengantin Bertudung
Petua Pengantin Bertudung
Untuk Kelihatan Penuh Bergaya
1. Pastikan pemakaian tudung kemas sebelum dipakaikan aksesori seperti kerongsang besar, tiara atau juraian manik.
2. Pilih anak tudung yang sepadan dengan tatahan manik pada baju kerana pemakaiannya boleh membangkitkan pesona pengantin.
3. Pengantin wanita berwajah bulat disaran mengenakan tudung bersama tambahan sanggul tinggi di belakang kepala. Ini kerana sanggul tinggi dan bentuk anak tudung yang runcing di tengah dahi boleh membantu melembutkan bentuk wajah tidak sempurna seperti bersegi dan bulat.
4.Pengantin yang memiliki wajah bujur memberikan kelebihan kerana anda sesuai menggayakan sebarang rekaan tudung tetapi lebih elok jika anda mengenakan tudung nipis dan ringkas. Ini bagi mengelakkan anda kelihatan sarat terutama apabila ia dipadankan dengan layah.
5. Untuk memastikan pemakaian tudung tampak sempurna dan membantu membentuk wajah, pilihlah anak tudung yang tidak terlalu keras serta tidak terlalu lembut.
6. Jika memilih memakai tudung, anda tidak perlu terlalu terikat dengan pilihan baju kurung dan jubah, sebaliknya masih boleh menggayakan baju kebaya kontemporari dan gaun labuh dengan potongan longgar pada bahagian tertentu bagi menyerlahkan keanggunan.

Petua Untuk Memikat Wanita Pujaan Anda
1. Gunakan Kelebihan Wanita - Sesetengah wanita ada kalanya mempunyai idea dan IQ yang lebih bernas daripada lelaki. Jika lelaki melihatnya dari sudut yang positif, bermakna kelebihan wanita ini jika
digandingkan mampu mencipta idea yang hebat. Satu kelemahan wanita ialah kalah dengan emosi. Justeru dalam menakluki wanita, lelaki sebenarnya boleh menggunakan kelebihan dan kelemahan ini sebagai ‘senjata.’
2. Perancangan Teliti - Memikat wanita perlu strategi yang betul. Jika anda tidak mengaturnya dengan sempurna maka anda akan dikuasai wanita.
3. Jangan Terlalu Mendesak - Ada juga lelaki yang suka mendesak. Mereka berasa sangat puas jika melihat orang lain menurut kehendaknya. Namun dalam menunjukkan anda seorang lelaki budiman, jangan sesekali melakukannya kerana tiada wanita suka lelaki begini. Bersikap rasional dalam semua perkara dan hubungan anda akan kekal selama-lamanya.
4. Kenali Kekuatan - Sebaiknya kenalilah kekuatan pada diri anda. Jika anda mampu “memperlihatkannya” kepada si dia bermakna anda adalah lelaki idaman wanita.
5. Mesti Ada Inisiatif - Kekuatan karakter tidak menyamai kekuatan fizikal. Ramai lelaki beranggapan bentuk tubuh yang tegap adalah lambang lelaki gagah. Namun kalau karakter anda lemah, anda juga mudah kalah. Wanita biasanya mencari lelaki yang boleh melindungi diri mereka di saat susah dan senang, mampu menenteramkan jiwa di saat lara, memberikan idea di saat yang anda perlukan. Berusahalah mencari ilmu-ilmu ini kerana keupayaan anda akan membuatkan wanita begitu mencintai anda.
6. Buat Wanita Tergila-gila Pada Anda - Zaman dahulu, pahlawan menjadi pujaan ramai wanita. Mereka dianggap seorang yang hebat, pelindung dan memiliki kekuatan dan biasanya digambarkan sebagai kacak. Namun di zaman ini, tiada lagi pahlawan sebaliknya muncul ramai lelaki yang berilmu, berkarisma, memiliki segala-galanya. Jadi gunakanlah ini sebagai kelebihan membuatkan wanita tergila-gilakan anda.
7. Disiplin Diri - Bagi sesetengah lelaki, mereka bangga jika bergelar romeo dan punya ramai teman wanita. Tetapi wanita pula tidak mencari lelaki seperti ini kerana bimbang hubungan yang dibina tidak kekal ke jenjang pelamin. Wanita biasanya mencari lelaki yang boleh menjadi pelindung. Justeru itu, disiplinkanlah diri untuk setia kepada yang satu serta beberapa perkara yang boleh membuatkan wanita terus menyenangi anda.
8. Pemimpin Di Mata Wanita - Agak sukar sebenarnya mencari lelaki yang berkarisma dan memiliki sifat kepimpinan dalam diri mereka. Sikap pemimpin yang anda tampilkan mampu memperlihatkan anda mampu menerajui keluarga dengan penuh tanggungjawab.
9. Perlukan Perancangan - Ramai lelaki suka keluar berhibur malam hanya kerana mahu berseronok bersama rakan. Namun ini tidak menggambarkan komitmen anda. Wanita mahukan lelaki yang penuh perancangan bukan asyik bergembira tanpa hala tuju.
10. Kawal Cemburu - Jangan tidak tahu, bukan wanita sahaja yang cemburu, iri hati dan sebagainya sebaliknya ada juga lelaki begitu. Dalam mencari kekuatan diri anda, kenali sikap diri yang mungkin menjauhkan diri anda daripada insan bergelar wanita.
Subscribe to:
Posts (Atom)
ShareThis
Lagi Info Menarik
| .. | .. |