Showing posts with label Rumah tangga. Show all posts
Showing posts with label Rumah tangga. Show all posts
Saturday, March 30, 2013
Anak - Apa yang anda rasakan berubah?
20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!
Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.
1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
Sunday, December 30, 2012
Suami Isteri Perlu Hadapi Masalah Kewangan Bersama
SOALAN:
Saya bertugas di sebuah jabatan kerajaan manakala suami berkerja di sektor swasta. Gabungan gaji kami berdua tidak seberapa. Setiap bulan, saya bingung memikirkan masalah kewangan yang kami hadapi. Baru sahaja mencecah seminggu, duit gaji kami berdua licin untuk perbelanjaan seharian. Tambahan pula kami kini menanggung dua orang anak yang masih kecil. Masalah ini sedikit sebanyak mengganggu keharmonian rumah tangga kami. Apa yang patut saya lakukan agar kewangan dan rumah tangga sama-sama stabil?
JAWAPAN:
Masalah kewangan boleh dikategorikan sebagai masalah biasa bagi kebanyakan individu atau pasangan hari ini. Bak kata pepatah: besar periuk, besar juga lah keraknya. Namun, terpulang kepada individu atau pasangan tersebut untuk bertindak terhadap kerak yang ada; sama ada nak dibuang atau boleh juga dimakan bersama kari, masih mampu menyelerakan tekak.
Tuesday, December 4, 2012
Saat Kehamilan
Masalah Ketika Hamil Yang Biasa Berlaku
Kehamilan bukanlah satu penyakit. Sekiranya seseorang wanita itu memahami bagaimana perubahan dalam dirinya berlaku, maka dia akan berjaya melalui masa selama lebih kurang sembilan itu dengan lebih tenang dan gembira.
Walau bagaimanapun, kehamilan boleh menyebabkan beberapa jenis penyakit yang berbahaya dan boleh mengancam nyawa sekiranya kehamilan itu tidak diberi perhatian.
Hanya sebilangan kecil sahaja wanita yang akan mengalami keadaan ini. Setelah diberi rawatan dan jagaan yang rapi, keadaannya dapat dikawal.
Kebanyakan wanita pula, akan mengalami beberapa masalah kecil sepanjang masa kehamilannya. Masalah ini akan hilang dengan sendiri sekiranya diberi sedikit rawatan. Bagi wanita yang lebih bernasib baik, dia tidak akan gembira dan tenang menunggu kelahiran anaknya. Di bawah ini saya akan bincangkan beberapa masalah kecil yang sering dialaminya oleh wanita hamil, dan bagaimana cara mengatasinya.
Monday, December 3, 2012
23 Perkara Yang Disukai Isteri
Berikut merupakan beberapa tips untuk para suami supaya lebih mengenali isteri anda serta menyayanginya sepenuh hati.
1. Isteri adalah manusia yang sensitif dan lemah lembut sifatnya. Oleh itu, suami perlu melayaninya dengan lemah lembut, penuh kasih sayang dan berhati-hati supaya tidak melukakan perasaannya.
Sabda rasulullah S.A.W;“Wahai suami, lembutlah terhadap isterimu.”
2. Isteri suka dirayu, dipuji kecantikannya, layanannya serta pilihannya.

10 Petua Menjadi Suami Yang Disayangi Isteri
Pasangan Suami Isteri dikatakan paling bahagia jika persefahaman dan perkongsian hidup dipenuhi dangan kasih sayang dan belai mesra. Tapi adat perhubungan, ada pasang dan surutnya. Infosantai2 hari ini ingin berkongsi satu petua bagaimana menjadi suami yang disayangi isteri.
Saturday, October 13, 2012
Darah Tinggi Semasa Hamil Bukan Kerana Pemakanan
A. Ibu hamil yang menghidap darah tinggi tidak perlu memilih makanan
kerana darah tinggi ini lain daripada darah tinggi yang biasanya
dihidapi oleh orang yang tidak mengandung. Pendek kata ia tidak ada kena
mengena dengan darah tinggi yang disebabkan makanan seperti pengambilan
garam berlebihan.
Cadangan membaca : Saat kehamilan
B. Wanita hamil mengalami darah tinggi adalah disebabkan kehamilannya, uri dan bayi itu sendiri. Perkembangan uri sangat penting semasa proses kehamilan berlangsung. Di dalam uri terdapat banyak saluran darah. Tekanan darah berlaku apabila salur darah dalam uri (spiral arteri) tidak berkembang seperti sepatutnya (mengecut) dan menyebabkan darah tidak mengalir dengan sempurna. Jadi sebaik sahaja bayi dilahirkan, darah tinggi pada ibu mengandung itu akan turun.

Petua Ibu Hamil Kejang Betis
Seperti berlari, bermain tenis, atau hanya berdiri sepanjang hari boleh
memenatkan otot anda sebegitu banyak sehingga ia kekejangan. Begitu
juga kehamilan. Berat tambahan pada kaki anda selalunya mengakibatkan
kekejangan otot kaki pada waktu malam, yang boleh mengejutkan anda dari
tidur nyenyak. Kejang betis paling teruk akan berlaku pada trimester
kedua dan ketiga.
Petua Agar Rumahtangga Anda Boleh Tahan Lama
Petua Agar Rumahtangga Anda
Boleh Tahan Lama
1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.
2- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.
3- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.
4- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
5- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.
Cadangan membaca : Petua Menjadi Suami Yang Disayangi Isteri
6- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.
7- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia
8- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka
9- Pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga. Ini untuk merapatkan hubungan dan kemesraan

Petua Untuk Suami Memberi Alasan Kukuh Memadukan Isterinya
1. Isteri tidak mampu memberi zuriat. Kes seperti ini sering berlaku di mana isteri tidak mampu memberi zuriat kepada suami dan jalan terakhir untuk memperoleh zuriat dari keturunannya sendiri adalah kahwin lain. Pilihan ini biasanya mungkin boleh diterima dengan redha oleh isteri kerana isteri mesti ingin melihat suaminya memperoleh zuriat dari keturunannya sendiri.
2. Jumpa teman hidup yang dianggap mungkin lebih baik. Keberangkalaian itu ada, kerana ramai yang menyatakan sifat sebenar atau keserasian itu hanya timbul bila mana selepas berkahwin. Sebelum berkahwin pasti semuanya nampak baik sahaja. Tetapi selepas kahwin barulah dia tahu yang semua itu lakonan semata-mata dan mungkin telah tersalah pilih pasangan.
3. Jumlah kaum wanita yang ramai berbanding lelaki. Jumlah kaum wanita memang jauh lebih ramai dari kaum lelaki. Itu belum lagi dikira yang bekerjaya.
4. Suami mampu dari segi zahir dan batin. Jika si suami itu mampu untuk memberikan nafkah zahir batin, maka si suami mungkin menggunakan pilihan ini untuk memberi sebab kenapa ingin kahwin lagi.
Petua Untuk Suami Mencurahkan Jalinan Kasih
Petua Untuk Suami
Mencurahkan Jalinan Kasih
1. Bisikkan kasih sayang dari masa ke semasa. Pengesahan dari mulut suami ada kesan terhadap keyakinan isteri.
2. Buktikan kasih sayang daripada suami
- Hadiah dan penghargaan
- Senyuman
- Perbualan mesra
- Gurauan
- Khidmat dan bantuan dalam mengendalikan kerja-kerja rumah
- Kerjasama mendidikan anak, menyelesaikan masalah dan hal-hal lain.
Cadangan membaca : Petua menjadi suami yang disayangi isteri
3. Sentuhan sayang
- Peluklah isteri sekurang-kurangnya 7 kali sehari dan bukan 7 hari sekali.
- Dalam diri wanita 99 kawasan yang dapat memberi kepuasan kepada isteri apabila dirangsang suami.
4. Isteri mengharapkan pimpinan agar selamat di dunia dan akhirat
- Suami sebagai contoh bagi isteri
- Suami memiliki ciri-ciri boleh dibanggakan isteri
- Suami sebagai tempat bergantung
- Sumber semangat dan kekuatan
- Isteri mengharapkan kemaafan dari suami setiap masa.
5. Isteri mengharapkan doa yang berterusan daripada suami.
Bacalah lagi : Perkara yang disukai isteri

Petua Untuk Memanjakan Suami
1. Suami sentiasa mengidamkan belaian isteri. Tangan isteri mengurut manja kaki yang lenguh atau sekadar mengusap belakang atau lengan ketika menonton televisyen sudah membuatkan suami berasa sangat disayangi.
Subscribe to:
Posts (Atom)
ShareThis
Lagi Info Menarik
| .. | .. |