ASINGKAN JEANS KETIKA MENCUCI
JANGAN campur adukkan jeans dgn pakaian-pakaian lain ketika mencuci.. Ini adalah utk mengelakkan kerosakkan pada tekstur jeans tersebut.. Lebih malang lagi kalau pakaian yg bercampur-aduk tue jenis mudah luntur warnanya.. Memang nahas lar jawabnya jeans korang-korang
MENCUCI BAHAGIAN LUAR & DALAM
Ketika mencuci jeans, anda perlu mencucinya bukan sahaja di bahagian luar tetapi juga di bahagian dalam.. Ini penting utk mengekalkan warna & ciri-ciri pada jeans kesayangan anda.. Jadi basuhlah dgn tangan.

Perlu ingat! JANGAN sesekali menggunakan sebarang bahan kimia selain sabun pencuci biasa utk mencuci jeans.. Bahan kimia kemungkinan boleh merosakkan tekstur jeans.. Warna asal jeans juga akan berubah sekiranya anda menggunakan bahan kimia yg salah.
KATAKAN TIDAK PADA MESIN PENGERING!
Mungkin ramai korang-korang di luar sana tidak mengambil peduli mengenai hal ini.. Ala, remeh-temeh jer kan.. Tetapi ingat! Salah satu perkara yg boleh merosakkan jeans korang-korang adalah mesin pengering kerana ini akan merengangkan dan merosakkan helaian-helaian tekstur asal jeans anda
ELAK MENJEMUR DI BAWAH TERIK MATAHARI
Rasanya ramai yg melakukan cara ini sebab nak bagi cepat kering.. Betul tak? JANGAN! Kerana boleh menyebabkan jeans mengecut & rosak dgn cepat.. Sebaliknya pilih lar tempat yg lebih redup.
GANTUNG & ANGINKAN
Untuk pengeringan jeans setelah dicuci, gantung di tempat yg redup & mempunyai pengaliran udara yg sempurna.. Kaedah towel dry adalah yg terbaik bagi mengeringkan jeans iaitu menggantung tanpa melipatkannya.
So, jagalah jeans anda sebaik-baiknya agar dapat kekal lama & nampak cantik.. Walaupun dah bertahun-tahun beli, tapi masih nampak baru jer.. Jimat duit nak beli yg lain!
Lain Bacaan
Celana denim lelaki
seluar untuk lelaki kurus
seluar slim fit
seluar jeans sesuai lelaki kulit gelap
No comments:
Post a Comment