PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Friday, December 14, 2012

Wanita suka Lelaki Nakal? Boleh..

Lelaki Nakal Lebih Diminati Wanita?

Sesetengah perempuan berfikiran bahawa lelaki nakal lebih menarik berbanding lelaki yang skema atau lurus. Lelaki nakal yang dimaksudkan ini bukan yang pergi merompak itu tapi lelaki nakal yang dimaksudkan ini ialah lelaki nakal yang suka melakukan perkara-perkara membuatkan perempuan tertarik dengan kelakuannya seperti berjenaka, bermanja dan banyak lagi.


Antara 5 sebab lelaki nakal lebih diminati:

1. Lelaki Nakal Lebih Yakin

Keyakinan yang terdapat pada diri mereka membuatkan perempuan tertarik. Mereka tidak kisah dengan pandangan orang lain terhadap mereka. Mereka pandai mengurat dan tidak takut untuk mendekati perempuan. Tidak seperti lelaki baik, mereka akan
teragak-agak untuk mendekati perempuan. baca lagi : rahsia rambut lelaki

2. Lelaki Nakal Lebih Tahu Berkomunikasi

Mereka sentiasa dapat membuat perempuan gelak ketawa dan tidak bosan berbual bersama mereka. Mereka selalu bualkan perkara yang lain dari yang lain bukan seperti pelajaran, politik dan perkara lain yang orang sudah tahu dan agak membosankan. Begitu juga apabila perbualan melalui telefon. Mereka ada sahaja perkara menarik yang ingin dikongsikan bersama orang lain.

3. Lelaki Nakal Lebih Suka Cabaran

Semua orang sukakan cabaran dan cabaran mempunyai pelbagai jenis. Lelaki nakal lebih sukakan cabaran yang dapat menunjukkan kehebatan mereka seperti seorang hero atau pahlawan. Bila si jejaka... Perempuan memang sukakan seorang lelaki yang mempunyai sifat hero atau pahlawan ini kerana mereka berpendapat bahawa lelaki seperti ini dapat melindungi mereka yang bersifat lemah.

4. Lelaki Nakal Lebih Romantik

Lelaki nakal ini selalunya mereka mesti pandai bermain alat muzik. Mereka dapat mencairkan hati perempuan dengan permainan jari jemari mereka itu. Mereka juga pandai berkata-kata sehinggakan perempuan tidak keruan mendengarkannya.

5. Lelaki Nakal Lebih Pandai Bergaya

Kebersihan dan penampilan seseorang adalah amat penting bagi mata perempuan. Lelaki nakal lebih pandai bergaya kerana mereka mahu di lihat seperti hebat dan segak. Sudah tentu perempuan akan tertarik dengan penampilan lelaki tersebut.

3 comments:

  1. alamak kena jadi nakal la lepas ni... done follow - Noob

    ReplyDelete
  2. suka lelaki yang happy dan buat lawak.. :P kira nakal jugak ke cemana? haha..

    ReplyDelete
  3. HAHA , setuju dengan entry nie . so , lepas nie . lelaki lelaki kena jadi nakal seperti yang dinyatakan di atas . HAHA

    #done follow here

    ReplyDelete

ShareThis

Lagi Info Menarik

Petua Hilangkan Gatal Sebab Ulat Bulu
Posted On Thu May 30 2013

Anak anak kalau dibiarkan bermain, macam-macam boleh terjadi. Ulat bulu pada mereka macam benda menark un ...

Tips Ke Pejabat Cergas, Tak Mengantuk
Posted On Sun Jun 16 2013

Rasa kurang cergas, mengantuk selepas makan tengah hari dan letih antara masalah biasa yang ...

..
Drama - Kerana Terpaksa Aku Relakan
Posted On Thu Jun 12 2014

Novel tulisan Umie Nadzimah berjudul Kerana Terpaksa Aku Relakan akan diadaptasikan ke drama. Drama ini a ...

Urus Wayar Berserabut, cara jimat
Posted On Sat Nov 02 2013

Pening Kepala Wayar Belakang Televisyen (TV) ataupun Wayar Berselirat Belakang Laptop Jangan khuatir. J ...

Lokasi Kedai - Brands Outlet
Posted On Sun Sep 14 2014

Mungkin anda tercari-cari lokasi kedai Brands Outlet store location.Biasanya The Brands nmenjual barang ...

..

My Blog List