Beberapa perkara berikut perlu anda ketahui dan nilai sebelum memilih tali pinggang untuk digayakan.
1. Jenis tali pinggang
Hanya dua jenis tali pinggang yang perlu anda tahu: Kasual dan formal. Bagaimana untuk mengetahui mana satu tali pinggang kasual, mana satu formal? Secara logiknya, pasti anda boleh bezakan kedua-duanya. Masih belum pasti? Baiklah, tali pinggang dengan ukuran lebar bermaksud ia adalah tali pinggang kasual. Ia juga bertekstur, lebih lembut dan flat. Tali pinggang formal pula biasanya berkilat dan perincian penyudahnya kemas. Untuk menjadikan anda seorang yang berfesyen, pastikan anda memiliki sekurang-kurangnya satu dari kedua-dua jenis ini.
2. 3 warna utama
Seperti juga mudah untuk membezakan antara tali pinggang formal dan kasual, memilih warnanya juga amat mudah. Hanya terdapat tiga warna utama yang harus anda tahu. Hitam, coklat dan gelap. Seharusnya anda memiliki tali pinggang kasual dan formal dalam kesemua warna ini. Di pasaran banyak tali pingang kanvas dijual dalam aneka warna. Dari label berjenama yang tidak perlu diragui kualitinya hinggalah jenama biasa. Tali pinggang dalam rona terang mungkin sesuai jika anda masih muda remaja, tetapi bagi kebanyakan orang, ia hanya satu trend yang bersifat sementara.
Mengikut teori, tali pinggang berfungsi mengetatkan lilitan seluar. Andai diterjemah dalam dunia fesyen, tali pinggang besar peranannya dalam mempengaruhi penampilan dan menyerlahkan cita rasa pemakai.
Tidak kiralah digayakan ke majlis rasmi atau santai, tali pinggang menampakkan ketelitian pemiliknya dalam memilih bentuk gancu atau buckle serta material lilitan tali.
Umumnya, tali pinggang lelaki lebih sederhana dari segi reka bentuk, material dan warna. Berbanding tali pinggang wanita, rekaan tali pinggang lelaki cenderung bersifat klasik. Ini dapat dilihat melalui bentuk kepala tali pinggang, warna material serta jenis bahan yang digunakan untuk tali lilitan.
Pemilihan tali pinggang untuk digayakan ke pejabat atau acara rasmi harus menepati tema dan kesesuaiannya. Kesalahan ketara dari segi pemilihan tali pinggang sering dilihat pada kepala tali pinggang.
Bagi majlis rasmi, tali pinggang harus menampakkan kedewasaan pemakai melalui reka bentuk kepala yang tidak terlalu menonjol dan besar. Reka bentuk segi empat mahupun bulat yang selari dengan tali adalah ciri-ciri sempurna tali pinggang.
Tali kulit dilihat paling selamat untuk digayakan ke pejabat dengan disesuaikan pula dengan kasut kulit rona sama. Tali pinggang yang digayakan ke majlis rasmi haruslah padan dengan aksesori seperti jam tangan dan kasut.
Usah ragu-ragu memilih reka bentuk kepala tali pinggang besar. Pemilihan tali pinggang untuk ke acara santai harus lebih menyerlah. Tali lilitan berjalur dan bahan material seperti kulit, plastik, PVC dan getah adalah pilihan terbaik. Lelaki moden juga haruslah berani berfantasi dengan warna asalkan tali pinggang diikat sesuai dengan tema majlis.
Bagi yang kurang arif, tali pinggang mempunyai pelbagai saiz yang sesuai mengikut saiz pinggang. Jika pinggang berukuran sederhana, pilihlah tali pinggang dengan ukuran saiz beberapa inci lebih besar untuk pemakaian selesa.
Tip pilih tali pinggang
1. Apabila ingin membeli tali pinggang, perkara paling utama harus diambil kira ialah kesesuaian tali pinggang untuk digayakan serta saiz tali lilitan.
2. Tali pinggang secara umumnya sesuai digayakan ke majlis rasmi mahupun santai. Ada tali pinggang yang sesuai untuk seluar denim, koderoi mahupun khakis bergantung kepada jenis rekaan tali pinggang itu sendiri.
3. Jangan tidak tahu, tali pinggang mempunyai pelbagai saiz yang sesuai dengan ukur lilit pinggang anda. Kebiasaannya tali pinggang menyamai saiz seluar iaitu 28 inci, 30 inci, 32 inci, 34 inci hinggalah lebih 50 inci.
4. Sebagai contoh, andai saiz pinggang anda adalah 32 inci, pilihan terbaik untuk tali pinggang ialah bersaiz 36 hingga 40 inci.
5. Tidak bermakna mahal dan berjenama mewah sesuai untuk digayakan ke semua acara. Untuk acara formal, ideal memilih lebar tali satu hingga satu setengah inci. Bagi kategori kasual, pilihan tidak terhad.
6. Pastikan tali pinggang tidak terlalu berbeza dengan pilihan kasut mahupun sandal. Penampilan akan lebih terserlah andai bijak menyuai padan warna dan rekaan antara tali pinggang dan kasut.
7. Lubang pada tali harus sesuai dengan lilitan pinggang. Jangan terlalu banyak tebuk hingga mencacatkan penampilan secara keseluruhan.
8. Pemilihan gancu tali pinggang penting bagi mencerminkan keseluruhan gaya berfesyen. Jangan terlalu ghairah pada reka bentuk gancu tali pinggang hingga menjejaskan penampilan. Untuk ke acara kasual, orientasi gaya tidak terbatas. Bagaimanapun, hati-hati memilih gancu untuk disesuaikan pakaian ke acara formal.
9. Jika ingin membeli tali pinggang ke pejabat, pilihlah daripada bahan berasaskan kulit, material berkilat dan bermutu tinggi. Bagi acara lebih santai, pilih saja bahan daripada kanvas, getah mahupun PVC.
10. Banyak pilihan untuk tali pinggang, pastikan juga andai intai-intai fesyen tali pinggang di gayakan selebriti dan moden sebagai panduan sebelum memilih untuk
No comments:
Post a Comment