PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Sunday, June 16, 2013

Cara Membunuh Kutu

Kutu adalah parasit jenis serangga yang tidak bersayap. Kutu menyerang manusia dengan bersarang di kepala. Cara makannya ialah menghisap darah. Ia akan mengeluarkan bahan yang menyebabkan reaksi alahan pada kulit kepala sehingga mengakibatkan gatal-gatal kepala.


Ia bertelur dalam bentuk butir-butir putih dan menempel pada rambut. Telur kutu mengambil masa lima hingga tujuh hari untuk menetas. Kutu akan merangkak atau meloncat-loncat di kulit kepala tanpa disedari.

Kutu kepala adalah sejenis parasit penghisap darah yang biasanya hidup dibahagian kepala. Kutu betina mampu bertelur enam biji sehari. Telur ini selalunya melekat dengan kuat pada rambut. Telur-telur ini akan menetas selepas lebih kurang 8 hari.

Kutu kepala merebak dengan cepat melalui sentuhan terus dengan rambut yang bermasalah. Ia juga melompat ke kepala melalui berus atau sikat rambut, topi, bantal dan tuala.


Penyebab kutu

Kutu mudah berjangkit secara langsung dari kepala melalui :
Sikat rambut.
Perhiasan rambut.
Tuala.
Topi.
Tudung kepala.

Apa yang perlu di lakukan? 

Gunakan sikat kutu. Sikat ini hendaklah direndam dalam cuka terlebih dahulu supaya telur-telur mudah dikeluarkan.

Rendam sikat-sikat dan barangan kegunaan kepala seperti pengikat rambut dsb. dengan ubat kutu atau alkohol untuk beberapa jam.

Basuh cadar dsb dengan air panas.

Gunakan alat vakum untuk membersihkan karpet, tempat duduk kereta dsb. Lebih santai, Gunakan ubat untuk membunuh kutu dan telurnya.

Ubat-ubat

Crotamiton
Benzene hexachloride
Malathion

Cara merawat

Gunakan syampu khusus (boleh didapati di farmasi) untuk membunuh kutu kepala.

Cuci rambut secara biasa. Syampu kepala, kemudian usap sehingga ke kulit kepala dan rambut. Jangan sampai syampu mengenai mata. Sisir rambut dan biarkan sampai kering. Gunakan sikat rambut yang bergigi lembut.

Buangkan semua kutu dan telurnya.

Bertemulah dengan doktor apabila terdapat tanda infeksi bakteria seperti demam serta bisul di kepala atau nanah.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Lagi Info Menarik

Tidurkan Bayi Tanpa Buaian, Cepat
Posted On Thu Sep 19 2013

Di bawah ini terdapat beberapa cara yang mudah untuk menidurkan bayi kita tanpa menggunakan buaian..pada ...

Malang! Kes Wanita Ditampar Suami Dalam Lif
Posted On Fri Aug 16 2013

Kini tersiar di laporan akhbar dan televisyen (TV) kes wanita bersama dua anaknya ditampar dalam lif oleh ...

10 Cara Bangkit Dari Kegagalan
Posted On Fri May 31 2013

HIDUP INI TAK SEMUANYA INDAH DAN HARI SURAM JUGA MENJADI SEBAHAGIAN DARI DIARI HIDUP KITA.DI KALA DIRI DI ...

Fesyen Lelaki Terkini - Pilih Trend / gaya
Posted On Mon Jun 30 2014

Semakin hari dunia fesyen semakin mengembang malah lelaki juga tidak ketinggalan dalam berfesyen. Adaka ...

Legakan Bayi Kembung Perut
Posted On Thu May 08 2014

Bayi yang sering kembung perlu disendawakan setiap kali selepas menyusu agar udara yang terkumpul di da ...

Mesti Ambil Tahu, Panadol Tiruan
Posted On Tue Oct 01 2013

Lambakan PANADOL Tiruan | Salam info terkini, kwn atas kwn keje bhgn KDNK. Jgn beli panadol yg belakang d ...

..
..

My Blog List