6 Cara Mengusir Dan Membasmi Anai-Anai Pemakan Kayu, Anai-Anai (Rayap) merupakan haiwan kecil yang berwarna putih, orang barat memanggilnya "white ant". Anai-anai biasanya akan memakan kayu yang sudah lapuk adan juga mungkin makan kayu yang masih bagus dan baik seperti yang ada di tiang-tiang ataupun bumbung berasaskan kayu di rumah kita. Apabila anai-anai sudah memakan dan menyerang kayu yang ada di rumah kita, ini berbahaya dan berkaitan dengan ketahanan rumah kita. Jika anda merasa anai-anai sudah mula menyerang rumah anda, berikut adalah tips untuk memeranginya.
Kadang-kadang ada anda terlihat lorong berlumpur menghala ke tanah. Kalau mahu tahu ianya aktif atau tidak, pecahkan sedikit laluan sarangnya itu, jika ia aktif, laluan tu akan dibaiki dalam masa yang singkat. Anai-anai memerlukan air untuk hidup, laluan itulah yang akan membawa mereka ke sumber air. Jika aktif, Maka anda perlulah bertindah menghalaunya. Petua lama : Ingat!!! jangan, dimarahi, mereka mahluk tuhan yang mahu makan juga. kalau dimarahi, mungkin mereka akan menyerang dengan lebih cepat
6 Cara Mengusir Dan Membasmi Anai-Anai Pemakan Kayu
1. Minyak Tanah
Minyak tanah sekarang ini mungkin sukar dijumpai kerana kita dah tak menggunakan lampu pelita. Carilah di kedai dan gunakan minyak tanah untuk mengusir anai-anai. Caranya cukup mudah, semburkan minyak tanah di kayu yang telah di serang anai-anai atau juga semburkan di sarang-sarang anai-anai ini. Agar lebih berkesan, tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah.
2. Tembakau
Tembakau bermanfaat untuk membunuh tungau yang biasanya menyerang anak kecil jika bermain di rumput. Tembakau inilah juga berkesan terhadap anai-anai. Untuk lebih efektif, anda boleh mencampur tembakau dan air lalu di biarkan satu malam (semalaman) agar memperoleh larutan tembakau. Semburkan air campuran itu pada kayu yang di serang atau juga ke sarangnya.
3. Garam Dapur
Garam juga berkesan untuk menghadapi anai-anai. Taburkan saja garam di sarang anai-anai, tetapi cara ini kurang efektif dan kurang berkesan kerana garamnya hanya dibahagian permukaan sahaja. Agar lebih efektif, anda campur garam dengan air dan tembakau. Biarkan semalaman dan sembur atau siramkan di tempat-tempat yang mungkin adanya anai-anai ini.
4. Air Kapur sirih
Sifat panas dari kapur akan sangat tidak disukai anai-anai kerana ianya memiliki kulit tipis dan lembut. Oleh itu, air kapur sirih ini sangat-sangat efektif untuk membasmi rayap. Caranya cukup mudah, siramkan air kapur sirik ke kayu yang di serang atau juga terus ke sarangnya.
5. Air Cucian Beras
Memanfaatkan air pertama dari basuhan beras untuk mengusir anai-anai. Siramkan saja ke sekeliling sarang rayap.
cadangan membaca : petua elakkan bubuk beras
6. Racun
Beli sahaja racun anai-anai di pasaran. Sebaiknya dan jadikan pilihan yang terakhir. Penggunaan racun mesti mengikut aturan yang diberikan.
Kadangkala anai-anai yang menggunakan 5 cara diatas sudah cukup untuk diusir, pastikan bekas anai-anai diganti dengan kayu yang telah disapu pencegah anai-anai agar tidak berlarutan dan menjamin kekukuhan struktur rumah anda. Keselamatan harus diutamakan. Selamat mencuba
untuk perkhidmatan basmi anai-anai dan makluk perosak sekitar kelantan dan terengganu,harga berpatutan,jaminan diberikan 01133437813
ReplyDelete