PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Saturday, August 3, 2013

5 Jenis Pekerja (Tempat Kerja Lah)

Dipetik daripada sesi motivasi pagi yang disampaikan oleh Ustaz Badli Shah Alauddin di radio IKIM...


Terdapat 5 jenis pekerja di tempat kerja. Ia dikategorikan sebagai wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Apa itu?




Pekerja kategori wajib :

Kehadirannya amat disukai dan kehilangannya amat dirasai. Jenis orang yang tergolong dalam jenis ini adalah mereka yang yang pandai buat kerja dan berakhlak mulia. Jika golongan ini menjadi ketua, dia merupakan ketua yang pandai membuat kerja, pandai menganalisis, pandai menyelesaikan segala masalah yang timbul dan juga mempunyai akhlak yang baik.

cadangan membaca : tips ke pejabat cergas tak mengantuk

Pekerja kategori sunat :

Kehadirannya disukai namun jika ketiadaan tidak dirindui. Ianya tergolong di dalam orang yang pandai membuat kerja namun kurang berakhlak. Jika orang ini menjadi ketua, dia akan pandai menyelesaikan masalah dengan masa yang singkat namun sikapnya suka marah-marah kepada pekerja bawahan.

cadangan membaca : 10 tips mudah kurangkan stress di tempat kerja

Pekerja kategori harus :

Kehadiran dan ketiadaannya tidak dirasai. Boleh membuat kerja dengan sekadarnya sahaja. Ketiadaannya tidak akan menjejaskan organisasi.

Pekerja kategori makruh :

Kehadiran golongan ini di tempat kerja akan menceriakan keadaan dan meredakan ketegangan kerana kepandaian mereka membuat lawak.

Pekerja kategori haram :

Pekerja ini adalah pekerja yang tidak pandai membuat kerja dan bermulut jahat. Suka bermuka-muka di depan kita tetapi di belakang kita diumpat habis-habisan dan suka menyebarkan fitnah. Kehadirannya amat dibenci dan ketiadaannya amat diharapkan oleh organisi.



Jadi, suluh diri kita pada hari ini, kita duduk dalam kategori yang mana. Maka berusahalah untuk berada pada tahap pekerja WAJIB.

Psss....Anda tergolong dalam kategori mana?

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Lagi Info Menarik

.. ..

My Blog List