PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Monday, May 27, 2013

Tips Menggayakan Tali Leher

Tidak lengkap gaya seseorang eksekutif muda tanpa mengenakan tali leher. Bagaimanapun, masih ada segelintir darinya yang kurang berminat untuk memakainya biarpun ketika menghadiri majlis formal seperti mesyuarat atau bertemu klien. Mungkin disebabkan malas atau tidak mahir mengikat, masalah memilih warna, corak dan sebagainya. Bagi merungkai masalah yang membelenggu diri, di sini ada sedikit info yang menampilkan pelbagai info untuk diikuti berkenaan tali leher.






Pemakaian Tali Leher Yang Betul.

  • Pastikan tekstur tali leher anda sesuai dengan pakaian yang dipakai. Sebagai contoh, tali leher sutera (berkilat) perlu dipakai bersama pakaian yang sama tekstur dengannya.

  • Seeloknya pilih tali leher yang mempunyai kelebaran 3.5 inci.
  • Pastikan simpulan tali leher kemas dan rapat ke bahagian kolar baju kemeja. Perhatikan juga simpulan yang dibuat itu tidak terlalu besar atau tidak terlalu kecil.
  • Periksa semua tali leher yang telah disimpulkan. Untuk kemasan, lihat semula sama ada bahagian hadapannya panjang dan menyentuh seluar anda.
  • Biasakan memakai tali leher yang berwarna gelap dari baju anda. Mungkin juga hampir sama warnanya dengan tali pinggang, tak semestinya warna hitam
  • Elakkan memilih, membeli atau memakai tali leher yang berwarna terang. (ikut kesesuaian)

  • Anda tidak digalakkan memakai klip pada tali leher kecuali dalam keadaan betul-betul perlu sahaja.
  • Untuk gaya yang lebih elegen, pilih tali leher yang warna utamanya sama dengan sut yang anda pakai.



Kenali Aksesori Tali Leher.
1. Klip tali leher – aksesori jenis ini boleh diklipkan secara horizontal pada tali leher atau kemeja anda. Di pasaran, terdapat pelbagai jenis klip tali leher yang ditawarkan sama ada bentuk, warna dan material yang digunakan. Terpulanglah kepada anda untuk memilihnya agar kena dengan cita rasa.
2. Rantai tali leher (the chain) – cukup mudah untuk memakai aksesori jenis ini. Hanya sangkutkan bar (besi keras) pada salah satu butang kemeja manakala rantainya pula diletakkan pada bahagian atas tali leher berkenaan. Pastikan bar berada di belakang sementara rantainya di bahagian hadapan.
3. ‘The Tack’ – sangat berbeza dari bentuk serta fungsi memakainya. Ia direka dengan dua bahagian yang berlainan di mana bahagian pin diletakkan di sebelah kiri belakang. Untuk memakainya, tanggalkan pin dari dasarnya kemudian tusukkan pada tali leher. Temukan bahagian dasar dengan pin dan masukkan rantai ke lubang butang kemeja. -santai-

1 comment:

  1. Berhati-hati jika bertali leher. Jangan gayanya macam salesmen je. Elak warna hitam 1 colour je

    Bertali leher ketika temu duga perlu bertali leher lebar. Ada fesyen terkini tali lehernya bhg pangkal rata, takde bentuk "v". Sekarang ianya trend bertali leher tak lebar. Jgn letak fesyen kepada formal, nahas nanti

    ReplyDelete

ShareThis

Lagi Info Menarik

Al-Ikhsan Cawangan Baru, Pekan Kapar, Selangor
Posted On Fri Nov 29 2013

Pembukaan cawangan Al-Ikhsan di Pekan Kapar Selangor Lokasi Al-Ikhsan, No. 262, Jalan Besar Kapar, Pek ...

Mengusir Anai-Anai Makan Kayu
Posted On Thu Aug 29 2013

6 Cara Mengusir Dan Membasmi Anai-Anai Pemakan Kayu, Anai-Anai (Rayap) merupakan haiwan kecil yang berwar ...

Lokasi Kedai - Brands Outlet
Posted On Sun Sep 14 2014

Mungkin anda tercari-cari lokasi kedai Brands Outlet store location.Biasanya The Brands nmenjual barang ...

Drama TV al-Hijrah - Walau Sedetik Cuma
Posted On Wed Jun 04 2014

Terbaru - Saksikan sebuah drama siri islamik terbaru berjudul WALAU SEDETIK CUMA akan muncul di kaca TV ...

Hukumnya Inai Lukis MacamTatoo
Posted On Fri Nov 21 2014

ape hukum inai di tangan ek.. jadi pas hasil carian cik google... maka.... # korang baca sendiri ... D ...

Fesyen Lelaki Terkini - Pilih Trend / gaya
Posted On Mon Jun 30 2014

Semakin hari dunia fesyen semakin mengembang malah lelaki juga tidak ketinggalan dalam berfesyen. Adaka ...

Cara Membunuh Kutu
Posted On Sun Jun 16 2013

Kutu adalah parasit jenis serangga yang tidak bersayap. Kutu menyerang manusia dengan bersarang di kepala ...

..
..

My Blog List