Pilihan 1: Ambil 4 ulas bawang putih dan tumbuk hingga lumat. Kemudian
gaulkan bersama 3 sudu makan minyak kelapa. Lumurkan rata pada
keseluruhan rambut dan biarkan selama lebih kurang 15 minit. Selepas
itu sikat dengan penyikat kutu.
Pilihan 2: Gosok buah belimbing
ke seluruh rambut dan kulit kepala. Biarkan kira-kira 5-10 minit dan
bilas dengan air bersih. Rambut kembali sihat dan bebas kutu jika rajin
mengamalkannya.
Pilihan 3: Ambil beberapa biji ubat gegat dan
tumbuk hingga halus. Campurkan ubat gegat itu dengan setengah cawan
minyak kelapa/minyak masak. Sapu seluruh kepala dan balut kepala dengan
kain. Selepas 15 minit, bilas rambut.
Pilihan 4: Ambil cuka
putih dan sapukan cuka putih pada rambut. Biarkan selama 2-3 jam. Balut
kepala anda dan sikat kepala anda menggunakan sikat kutu. Bilas kepala
anda. Amalkan pilihan petua ini setiap 3 hari sekali sehingga kulit
kepala bebas dari serangan kutu rambut.
Pilihan 5: Sapukan
mayonis pada rambut. Biarkan selama 2-3 jam. Balut kepala anda dan sikat
kepala anda menggunakan sikat kutu. Bilas kepala anda. Amalkan pilihan
petua ini setiap 3 hari sekali sehingga kulit kepala bebas dari serangan
kutu rambut.
Pilihan 6: Sapukan minyak zaitun pada rambut.
Biarkan selama 2-3 jam. Balut kepala anda dan sikat kepala anda
menggunakan sikat kutu dan bilas kepala anda. Amalkan pilihan petua ini
setiap 3 hari sekali sehingga kulit kepala bebas dari serangan kutu
rambut.
Pilihan 7: Sapukan sedikit minyak tanah pada rambut dan bungkus kira-kira 15 minit. Selepas itu syampu rambut anda
Saturday, October 13, 2012
Petua Agar Rumahtangga Anda Boleh Tahan Lama
Petua Agar Rumahtangga Anda
Boleh Tahan Lama
1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.
2- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.
3- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.
4- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
5- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.
Cadangan membaca : Petua Menjadi Suami Yang Disayangi Isteri
6- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.
7- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia
8- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka
9- Pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga. Ini untuk merapatkan hubungan dan kemesraan

Petua Mencantikkan Muka
1. Ambil kulit telur dan bersihkanlah.
2. Kemudian, kisar kulit telur sehingga halus seperti debu.
3. Seterusnya, campurkan dan kacau debu tersebut dengan bedak sejuk dan air suam hingga sebati.
4. Sapukanlah campuran tersebut ke muka anda. Tetapi, pastikan muka anda dibersihkan terlebih dulu.
Subscribe to:
Posts (Atom)
ShareThis
Lagi Info Menarik
| .. | .. |