1. Jika anda terlihat tempat di mana kucing anda baharu sahaja berak,
anda perlu membersihkannya segera. Kucing cenderung pergi ke tempat yang
sama berulang-ulang kali. Oleh itu anda perlu bertindak segera. Setelah
bersih, bilas dengan menggunakan sedikit air dan cuka masakan. Cuka membantu
menghilangkan bau yang tidak menyenangkan.
2. Sediakan kawasan
yang berpasir untuk kucing dan ajarkan mereka untuk menggunakannya
dengan kerap. Kebanyakan kucing mempunyai kebolehan belajar dengan agak
cepat.
cadangan membaca : tanaman penghalau nyamuk
3. Bau dari serai tidak disukai kucing. Anda boleh
membeli beberapa produk berasaskan serai atau serai wangi di pasaraya
berdekatan dan semburkan di kawasan di mana kucing sering berak di dalam
rumah. Anda juga boleh letakkan sahaja di tempat yang strategik
seperti di dalam bilik atau di dapur.
Sunday, October 14, 2012
Kenapa Pasangan Lelaki Anda Sanggup Meninggalkan Anda?
1. Menurut sesetengah orang lelaki, sewaktu mula hangat bercinta dahulu, wanita biasanya amat prihatin dengan kecantikan diri, menghiasi diri dengan pakaian cantik, wangian yang menggoda dan mudah ketawa dengan lawak jenaka yang dibuat oleh kaum lelaki.
2. Sedang masa berlalu, wanita sudah mula bersifat sambil lewa, tidak kisah lagi pilihan pakaian yang sesuai, dan tidak menumpukan perhatian ketika lelaki sedang bercakap. Lawak jenaka yang sewaktu ketika dahulu berjaya menghasilkan senyuman tawa riang, sekarang hanya disambuti senyuman ala kadar dan cukup syarat.
3. Lelaki tidak akan meninggalkan wanita kerana wanita lain yang lebih cantik dan langsing. Lelaki sebenarnya amat memerlukan penghargaan dari seorang wanita. Penghargaan ini adalah ‘driving force’ dan juga penerimaan terhadap identiti diri seseorang lelaki.
Pendapat Sesetengah Orang Lelaki Mengenai Orang Perempuan
1. Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai
perkara besar, contohnya soal pilih gerai makan. Wanita cerewet mengenai
pemilihan gerai makan atau restoran sehingga suka tarik muka jika
geraiatau restoran itu tidak berkenan di hati. Sedangkan lelaki anggap
soal makan di mana sahaja boleh.
2. Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir.
3. Wanita suka sangat diberikan perhatian dan manja tidak bertempat dan sikap ini menyebabkan mereka sentiasa ‘syok sendiri’ dan suka dipuji. Jika tidak dipuji mereka akan merajuk.
4. Wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka, sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.
5. Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati dan bersikap tanggungjawab pada wanita. Wanita kena menerima hakikat itu.
6. Suka membeli-belah terlalu lama hingga membosankan lelaki. Itu sebabnya lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang suka sangat menghabiskan masa untuk tujuan itu.
7. Terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah ‘mengata dan mengutuk’.
8. Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.
9. Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising dan ini tidak bermakna mereka tidak prihatin kepada teman wanita atau anak dan isteri.
10. Lelaki tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal dan jika isteri atau teman wanita melakukan pengawalan itu pada lelaki, lelaki akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan wanita.

Subscribe to:
Posts (Atom)
ShareThis
Lagi Info Menarik
| .. | .. |