 |
| Lakukan aktiviti riadah, jangan terperap dirumah sahaja |
STRESS Kerja dan Badan Lesu Selalu berada dalam keadaan stress tidak baik untuk diri. Kebisingan hidup di kotaraya dengan kenderaan lalu lalang dan setiap hari asik menghadap meja kerja setiap hari sangat-sangat akan membuatkan kita berasa bosan dengan kerja. Cuba ubah hidup anda, jangan hanya mengganggap dunia anda kerja, balik rumah dan kerja semula. Ambillah masa hujung minggu untuk membuat aktiviti riadah, ataupun menyejukkan mata sebentar dengan melihat alam semulajadi.
Ketenangan...suatu nikmat yang tidak ternilai. Andai melihat kepada alam semulajadi yang indah dan mendamaikan... pasti dengan jelas kelihatan ketenangan. Begitulah juga dengan kita... Riak wajah di muka jelas sekali dapat di teka hati dan minda di dalam dalam keadaan tenang atau pun tidak.