1. Melengah-lengahkan - Lengahkan tindak balas ke atas keinginan
merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di
tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit.
Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga.
2. Tarik Nafas Panjang - Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya 3 kali dengan perlahan-lahan.
3. Banyak Minum Air - Minum air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air
galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau
teh kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok
selepas meminumnya.
4. Buat Sesuatu - Buatlah sesuatu yang
boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar
atau makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat
silang kata, berkebun dan sebagainya.
5. Kunyah Sesuatu -
Kunyah sesuatu seperti gula-gula getah, lobak merah, buah epal dan
sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.
6. Mandi atau Basuh Tangan - Sekiranya anda berada di rumah, mandilah
seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.
7. Melakukan Senaman Regangan - Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.
8. Memohon Doa - Mohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya
Saturday, October 13, 2012
Petua Merasa Garam dalam Masakan
Caranya ialah dengan meletakkan kuah di atas jari anda. Jika kuah itu tidak meleleh, ini menandakan masakan anda itu cukup masinnya. Tetapi jika jari anda terasa perit, bermakna masakan anda itu terlebih garamnya.
Petua Untuk Mempunyai Sifat Sabar
1. Jangan terlalu memikirkan mengenai masalah, sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.
2. Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara ini lebih teruklah keadaan anda nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.
3. Jangan fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan.
4. Terimalah hakikat betapa sukarnya untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa. Pastikan bahawa anda bersikap adil dan wajar dan biarkan masa menentukannya.
5. Jangan fikir anda mengetahui benar apa yang terbaik untuk orang lain.
6. Terimalah hakikat sementara anda boleh terus cuba memujuk, tetapi akan menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan mereka melakukan apa yang anda hendakkan. Ini tentunya mencetuskan ketidaksabaran ke atas kedua-dua pihak.
7. Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang tidak bersetuju dengan anda, mereka bersifat tidak wajar terhadap anda.
8. Terimalah hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan yang dikemukakan. Anda mengharapkan mereka membenarkan anda mendapat hak yang sama itu.
9. Jangan fikirkan mengenai semua perkara buruk yang akan berlaku ke atas diri anda.
10. Terimalah keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa rehatnya. Cuba lihat di luar daripada diri anda.
11. Bersimpati terhadap orang lain akan membantu anda bersifat lebih sabar.
12. Jangan fikirkan bahawa sifat yang tidak menentu itu dalam diri seseorang adalah terlalu penting.
13. Terimalah hakikat kadangkala diri kita yang baik inipun boleh mengalami sifat berubah-ubah atau tidak menentu itu. Hadapilah dengan tenang dan cubalah kawal sifat berubah-ubah diri anda itu
Subscribe to:
Posts (Atom)
ShareThis
Lagi Info Menarik
| .. | .. |


