Sunday, October 28, 2012

Perhatian! Pemandu! AES…rakam visual.

SEBILANGAN pemandu di negara ini dikatakan masih gagal menjaga disiplin ketika memandu di jalan raya yang menjurus kepada kemalangan sehingga membawa maut kepada kepada orang lain.
Kenapa ia berlaku? Rata-rata mengatakan kempen keselamatan yang dijalankan tidak berkesan kerana berapa ramai yang ambil peduli mengenainya dan masih dengan sikap lama, iaitu pentingkan diri sendiri atau cuai ketika memandu? Pasti pengguna masih mengingati iklan ‘Pandu, Tunggang dan Jalan Dengan Selamat – Anda Mampu Mengubahnya, Patuhi Had Laju, Kelajuan Membunuh, Ingatlah Orang Tersayang dan Pandu Cermat’.


Itu adalah sebahagian kecil iklan kempen keselamatan jalan raya yang akan ditemui di mana saja sepanjang perjalanan terutama pada musim perayaan ini bertujuan mengingatkan pengguna mengenai hak mereka untuk ‘memilih’ sama ada sampai ke destinasi dengan selamat atau sebaliknya.

Apatah lagi, ketika musim perayaan seperti sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini, dengan jutaan kenderaan berlegar di seluruh negara masih mengundang kematian, malah ia meningkat disebabkan pelbagai faktor termasuk sikap pemandu dan pertambahan kenderaan di atas jalan raya.

Kecuaian manusia yang memandu laju dengan melebihi had dibenarkan menjadi penyumbang utama kemalangan di negara ini.

Kelajuan adalah pembunuh utama apabila sesuatu kenderaan itu bergerak terlalu laju berbanding keadaan jalan, cahaya, cuaca dan lalu lintas.

Malah, terdapat banyak rungutan di kalangan pemandu yang menghantar komen di ruang siber melalui Twitter yang memaklumkan segelintir pemandu menyalahgunakan laluan kecemasan untuk memotong ketika kesesakan.

Kajian menunjukkan kemungkinan kematian atau kecederaan parah bertambah dua kali ganda untuk setiap tambahan kelajuan 16 kilometer sejam (km/j) selepas kelajuan 80 km/j.

Selain itu, status sesuatu jalan turut mempengaruhi kadar kemalangan, yang mana lebih tinggi hierarki jalan itu, semakin kurang kadar kemalangan.

Contohnya, lebuh raya adalah jalan paling moden dan tinggi hierarkinya dan kadar kemalangannya lebih rendah. Jalan kampung yang berada pada hierarki paling rendah dalam piramid jalan pula paling tinggi kadar nahas.
Dalam pada itu, faktor kecuaian kerap menjadi punca kemalangan jalan raya walaupun di lebuh raya. Sedangkan di lebuh raya yang lurus dan berkeadaan baik, manusia terdorong untuk memandu laju, inikan pula di jalan biasa di mana mereka sepatutnya lebih berhati-hati.

Oleh itu, pengenalan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di negara ini dijangka berupaya membantu mengurangkan kadar kemalangan maut di jalan raya yang semakin membimbangkan.
AES ialah satu sistem terbaru yang boleh merakam pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan seperti memandu melebihi had laju dan tidak mematuhi lampu isyarat di persimpangan. Ini kerana kamera akan diletakkan di kawasan berisiko kemalangan dan di persimpangan lampu isyarat.
Menerusi sistem itu, tindakan pesalah trafik akan dirakam secara elektronik dan saman akan dihantar ke alamat berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan yang terbabit.

Kemungkinan besar, penggunaan sistem ini boleh menyelamatkan nyawa kerana menurut perangkaan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), pada tahun 2009 saja, 6,745 kematian dicatatkan akibat kemalangan jalan raya di negara ini yang juga bermakna satu kematian dalam setiap 80 minit.

Ia mula diuar-uarkan Kementerian Pengangkutan pada 2009 yang mengumumkan penggunaan AES sebagai satu kaedah baru untuk mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya dan ia akan dimulakan sebaik saja Akta Pengangkutan Jalan diluluskan di Parlimen.

Dari aspek sistem dan penguatkuasaan, AES mempu mengurangkan jumlah penguat kuasa seperti daripada pihak Polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang bertugas di jalanan, sekali gus menjimatkan kos untuk penguatkuasaan undang-undang jalan raya.

Salah satu syarikat yang membekalkan teknologi terbabit ialah Redflex Traffic System yang berpangkalan di Victoria, Australia.

Teknologi AES yang dibekalkan Redflex Traffic System sudah terbukti berkesan kerana ia sudah memenangi anugerah di Australia dan kami juga kini membekalkan lebih 200 kamera di kawasan Victoria, Australia.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, pula berpendapat AES memerlukan tempoh untuk dilaksanakan namun ia sudah diguna dengan meluas di negara maju seperti Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat sebagai sistem keselamatan dengan kamera dipasang di kawasan yang sering berlaku kemalangan.

Ia bertujuan mengesan pemanduan laju dan di persimpangan lampu isyarat bagi mengesan mereka yang melanggar lampu merah.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Solah Mat Hassan berkata, AES bertujuan meningkatkan ketelusan dalam sistem penguatkuasaan lalu lintas selain mendidik pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi undang-undang..

Ia mengikut Seksyen 53A yang membenarkan rakaman kesalahan melalui AES boleh digunakan sebagai notis mahkamah sama seperti JPJ22 dan Pol257 manakala notis yang dikeluarkan teknologi terbabit sah digunakan sebagai saman.

Seksyen 117 pula menyediakan peruntukan yang membolehkan imej direkodkan bagi kesalahan dirakam melalui kamera diterima sebagai keterangan ‘prima facie’ ketika perbicaraan di mahkamah.
Pelaksanaan AES dikenal pasti di 831 lokasi berisiko kemalangan yang beroperasi 24 jam sehari tanpa pengawasan manusia dan gangguan cuaca.

Ketika ini, pemasangan sistem AES hanya mengesan mereka yang melakukan dua kesalahan serius iaitu melanggar lampu isyarat dan memandu melebihi had laju.

Pada masa depan, AES bakal digunakan untuk mengesan pelbagai kesalahan lain termasuk memotong di garisan berkembar, memotong dari lorong kiri, muatan berlebihan, memotong barisan, menyekat kenderaan berat dari memasuki kawasan bandar dan penguatkuasaan laluan bas.

Dianggarkan, surat saman yang dihantar daripada AES akan dikeluarkan dalam tempoh kurang seminggu kepada pesalah trafik.

Di sebalik kekuatan teknologi AES untuk mendidik masyarakat, ia juga berupaya menutup ruang rasuah kerana semua rakaman video dan gambar serta saman dikeluarkan menerusi sistem komputer, sekali gus dapat memelihara integriti penguat kuasa.

Kajian Jabatan Keselamatan Jalan Raya menunjukkan punca utama nahas jalan raya kerap berlaku disebabkan melanggar had kelajuan dan hampir 60 peratus kemalangan berkaitan dengan kelajuan.
AES berfungsi dengan pemasangan kamera berkapasiti tinggi yang dihubungkan dengan pengesan dinamakan ‘Piezo’ ditempatkan di atas jalan bagi mengesan kerangka kenderaan yang melepasinya sebelum menghantar isyarat ke kamera.

Kamera kemudiannya akan merakam dan mengimbas nombot plat kenderaan ditanam cip di dalamnya bagi mengesan pemandu yang melanggar kesalahan lalu lintas seperti tidak mengendahkan lampu isyarat berwarna merah.

Peranti kamera mempunyai resolusi setinggi 14 hingga 16 megapiksel dilengkapi tiga lensa iaitu dua untuk rakaman visual pegun manakala satu lagi digunakan bagi merakam video kenderaan.

Imej yang dirakam akan terus dienkripsi sebelum dihantar melalui online ke unit kawalan trafik manakala Piezo yang ditanam di atas jalan turut berupaya merakam kelajuan kenderaan ketika melepasi lampu isyarat.

Data yang dihantar akan dikaji sebelum saman dikeluarkan berdasarkan imej dirakam dan diserahkan kepada pemandu melalui pos.

Baru-baru ini, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Suret Singh, berkata perancangan giat dibuat untuk pelaksanaan AES di jalan raya berisiko tinggi di seluruh negara yang bakal siap tidak lama lagi.

“Sistem pemantauan boleh dioptimumkan sehingga 95 peratus melalui penggunaan AES yang berfungsi merakamkan pesalah trafik menerusi kamera online,” katanya.

Beliau memaklumkan, ia lebih baik berbanding sebelum ini yang mana sistem manual hanya mengesan 20 hingga 25 peratus pesalah trafik pada hari biasa dan 50 peratus ketika musim perayaan.

Bagaimanapun, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam Selangor (Cassa) Dr Jacob George dalam blognya, berkata kajian perlu dilakukan apabila kos menukar plat kenderaan yang dilengkapi cip menelan belanja kira-kira RM150.

Beliau memaklumkan beberapa perubahan akta undang-undang mengundang persoalan sama ada ia boleh dilaksanakan atau tidak termasuk Seksyen 2 (b) – Definisi Jalan, Seksyen 13A and 14 – RTA 2010, Seksyen 58A – Notis penukaran alamat, Seksyen 38 dan Seksyen 48.

“Dengan anggaran 25 juta kenderaan kini, isu privasi juga perlu dititikberatkan terutama apabila ia membabitkan semua maklumat yang dimuatkan dalam cip,” katanya.

Pemasangan AES dikatakan mensasarkan hanya dua kematian untuk 10,000 kenderaan berdaftar berbanding 3.7 kematian yang berlaku sebelum ini.

Pastinya, penggunaan AES berupaya mengurangkan kemalangan atau mendisiplinkan pemandu namun ia perlu diteliti terutama dari aspek undang-undang yang memastikan keberkesanannya selain tujuan asal iaitu mendidik pemandu bukan menghukum.

(sumber: Harian Metro, 09/02/2011)

Wednesday, October 24, 2012

Petua Wanita Untuk Sihatkan Kaki


1. Kasut anda sepatutnya besar sedikit daripada kaki.
2. Selalu bertukar kasut dan ketinggiannya untuk mengelakkan sesetengah otot kaki tidak bergerak langsung.
3. Kerap buka kasut dan gerakkan kaki apabila berpeluang berbuat demikian untuk memberinya peluang bernafas.

4. Pakai kasut yang selesa bukan yang menyeksa untuk bergaya.
5. Berkaki ayam di rumah. Ia baik untuk semua sendi, tulang dan otot kaki bekerja dengan seimbang.
6. Apabila lama duduk, pusing-pusingkan buku lali dan kaki untuk melancarkan pergerakan darah.
7. Biasakan berjengket jika menaiki tangga rumah.
8. Pusing-pusingkan bola tennis atau pingpong pada tapak kaki.
9. Letakkan pensel di atas lantai dan cuba ambil dengan jari kaki.
10. Urut selalu dengan kasut refleksi atau pengurut elektrik ataupun jari.

Lelaki HOT...

mungkin setengah individu tidak tahu bagaimana untuk menggayakan fesyen,dan sebagainya…
di sini juga di sedia kan tips untk mendapat kan perut yang menarik..cubalah lakukan tips seperti tersebut dalam masa 4~6 bulan pasti banyak perubahan yang ketara yang boleh kita lihat

 
1.Paling utama elakan dari memakai baju yang terlalu ketat kerana kamu hanya akan ‘mempamerkan’ kekurang yang ada di bahagia berkenaan

2.Pada masa sama,pakai pakaian yang ronanya lebih gelap seperti coklat,hitam,ungu,hijau gelap.Mainan warna terang secara tidak langsung mampu menyembunyikan bentuk fizikal tubuhmu itu.

3.Dalam memilih corak baju yang sesuai, lelaki yang mempunyai masalah perut buncit disaran mengenakan baju yang mempunyai corak yang menegak.

4.Kurangkan juga memakai baju yang berleher bulat. Sebaliknya, pilihlah baju kemeja.Selain tampak kemas, ia juga mampu memberi ilusi gaya terhadap penampilanmu.

5.Pastikan juga kamu memakai seluar yang lebih longgar bagi memudahkan kamu untuk bergerak. Seluar yang ketat hanya akan membatasi pergerakan kamu lebih-lebih lagi selepas kamu mengambil menu makanan yang berat seperti nasi.


6.Ramai lelaki yang agak liat untuk melakukan senaman kerana kekangan masa.Pun begitu,apa kata setiap kali sebelum dan selepas bagun dari tidur, lalukan berberapa senaman rengangan khusus untuk mendapatkan tubuh badan yang tegap.

7.JOGGING !! ia juga adalah cara paling efektif dalam mendapatkan bentuk badan yang ideal.Kalau sudah namanya lelaki,tidakah badan yang tegap menjadi idaman kamu?

8.Disiplin dirimu agar tidak mengambil menu yang berta sebelum tidur.Ini kerana,makanan berat yang diambil sejurus sebelum tidur mampu meningkatkan risiko perut buncit.

15 Langkah Mudah Berfesyen - Lelaki

Pernahkah anda terfikir kenapa masih membujang? Kenapa anda masih tidak naik pangkat? Kenapa anda tidak menjadi seseorang yang penting sama ada di tempat anda belajar ataupun di tempat kerja? Mungkin kerana  penampilan anda. Jom kepada pengemar entry pages ini apa kata kita sama-sama melihat penampilan diri kita adakah penampilan kita telah kelihatan sempurna, macho, maskulin dan tampan bergaya.


1. Pilih pakaian yang fit - Benda utama yang akan menampakkan lelaki ‘alert’ dengan fesyen ni ialah cara memilih baju. Masalah utama kebanyakan lelaki ialah memakai baju yang lebih besar daripada badan. Pastikan memilih pakaian yang fit iaitu pakaian yang membuatkan badan anda rasa seolah dipeluk tapi bukan dijerut. Berhati-hati ...

Bila Si Jejaka ....

Kadangkala si dara sukar untuk memahami hati si jejaka.Sama ada tentang perasaan ataupun tentang keadaannya.Kalau si jejaka seorang yang mudah meluahkan melalui kata-kata,mungkin tidak menjadi satu masalah. Setidak-tidaknya kita tahu situasi dia di saat itu.


10 Sifat Pemalas Lelaki

Sifat semula jadi atau jejaka enggan berubah sekalipun tahu amalan negatif 


RUMAH bersepah, malas membasuh pakaian dan penampilan selekeh adalah perkara yang selalu dikaitkan dengan lelaki. Tabiat ini walaupun tidak semua lelaki menggemarinya, secara tidak langsungnya mencerminkan lelaki adalah insan pemalas berbanding wanita.
 
Sikap pemalas lelaki ini boleh dikatakan bertitik tolak dari sifat semula jadi lelaki yang sentiasa mengambil mudah sesuatu perkara dan tidak suka melakukan perkara yang remeh dan bersikap kewanitaan.

Namun tidak semua lelaki digambarkan sebagai pemalas kerana ada juga lelaki yang mementingkan semua ini dan teliti dalam banyak perkara. Minggu ini kita akan mengintai 10 habit lelaki pemalas secara am berdasarkan pemerhatian dan pengamatan sisipan XY – Ikon Lelaki. 

1. TIDAK MENCUCI PAKAIAN 

Rata-rata lelaki zaman sekarang lebih senang menghantar pakaian kotor ke dobi. Tidak kurang juga yang membasuh pakaian sendiri tetapi hanya selepas persalinan bersih dalam almari berkurangan. 

Seeloknya pakaian perlu dicuci setiap tiga hari bagi mengelak bau yang kurang menyenangkan dan kemungkinan menjadi sarang bakteria atau kuman.

2. MENGEMAS RUMAH 

Percaya atau tidak, hampir kebanyakan lelaki bujang tidak mengemas rumah selama berbulan-bulan lamanya. Ini kerana mereka tidak mengambil kira mengenai kebersihan rumah kerana bagi mereka rumah hanya sebagai tempat untuk melelapkan mata. 

3. TIDAK MENCUCI PINGGAN 

Sampai berulat dan berbau busuk barulah jejaka mencuci pinggan mangkuk yang bertimbu dalam sink rumah. Tidak cukup dengan itu, kadang kala sampah juga tidak dibuang. 

Bagi lelaki sebegini adalah elok jika makan di luar atau menggunakan pinggan mangkuk pakai buang saja. Lebih ekstrem, ada lelaki membuang pinggan kotor semata-mata malas menyentalnya dan esok beli pinggan mangkuk lain pula. 

4. MENGGOSOK BAJU 

Pasti semua pernah melakukan habit ini, pakai saja baju tanpa digosok! Mungkin kerana tidak cukup waktu kerana sudah terlambat atau memang lelaki malas untuk menggosok baju. 

Seharusnya, lelaki mengambil sedikit ruang pada waktu malam atau lapang untuk menggosok semua baju yang perlu dipakai terutamanya untuk ke pejabat. Sesekali, apa salahnya melakukan ‘senaman’ dan mengeluarkan peluh sambil menggosok baju.


5. BERCUKUR 

Bukan menjadi masalah untuk tidak bercukur kerana ada yang beranggapan lelaki berjambang dan bermisai lebih menarik perhatian. Cuma perlulah dijaga kebersihan diri dan jika ingin menyimpan jambang atau misai sekalipun, kemaskan lah sedikit. 

6. RAMBUT KUSUT 

Jika suatu masa dulu penjagaan rambut amat dititik beratkan dan rambut harus disisip rapi dan kemas. Namun kini rambut kusut adalah satu trend. Perlulah sesuai dengan diri dan jangan terlalu kusut hingga merimaskan mata memandang. 

7. TIDAK DATANG KE PEJABAT @ KULIAH 

Sikap sebegini paling banyak dikesan di kalangan lelaki. Kadang kala tiada sebab tertentu, lelaki cukup malas untuk bergerak dan melakukan kerja di pejabat atau kuliah. Ini perlu diatasi kerana setiap manusia perlu bekerja dan belajar.

Tanamkan sikap dan perasaan untuk mempelajari ilmu baru atau meningkatkan prestasi kerjaya.



8. MENCUCI KENDERAAN 

Bagi lelaki yang ada bajet, mereka boleh mencuci kenderaan mereka di pusat mencuci kereta jika malas melakukannya sendiri. Jika tidak alamatnya, air hujan sajalah yang dapat membersihkan kekotoran pada kenderaan mereka. 

BANGUN AWAL PAGI 
Lelaki jika sudah tidur, seolah-olah tidak mahu bangun selama-lamanya. Apatah lagi jika perlu bangkit untuk bekerja atau menghadiri kuliah pagi. Apa yang dibayangkan mereka hanyalah soal kesesakan lalu lintas pada pagi hari selain malas bersiap-siap untuk keluar rumah. 

9. MENJAGA PENAMPILAN DIRI 

Walaupun kelihatan seperti suatu rutin, namun ada perkara yang sering lelaki terlepas pandang. Dari segi penjagaan muka hingga seluruh badan, ia seharusnya diambil kira lelaki. 

Jangan malas untuk mencuci muka, memotong kuku dan memakai wangian. Walaupun nampak remeh dan sedikit kewanitaan, mereka perlu tahu wanita sukakan lelaki yang bersih.




10. MEMBACA 

Jika mengikut perangkaan, wanita adalah golongan yang paling banyak membaca walaupun corak pembacaan mereka agak berbeza dengan lelaki. Namun dari kecil hingga dewasa lelaki adalah insan yang paling malas untuk membaca – apatah lagi membeli bahan bacaan. 

Perlu diingatkan, jika ingin berjaya dalam kehidupan kita perlu banyak membaca. Jika boleh, corak atau genre pembacaan lelaki biarlah pelbagai. 

Keluar dari zon selesa 

BAGI jejaka ini yang cukup dikenali sebagai jutawan internet dan pakar motivasi, Irfan Khairi, sifat malas ada dalam diri setiap lelaki dan hanya diri sendiri dapat menolong mengatasi sikap negatif itu. 

Irfan berkata, bagi membanteras sikap malas, perkara utama yang perlu dilakukan lelaki adalah memahami diri sendiri dan bertanya dari mana datangnya sifat malas itu, 

“Malas berpunca dari kita terlalu selesa dengan keadaan semasa kita (comfort zone). Untuk keluar dari zon selesa kita, kita akan rasa berat dan susah. Ini adalah normal bagi semua orang. 

“Setiap kali kita nak keluar dari zon selesa kita, secara psikologinya akan menarikkan kita kembali ke zon selesa. Ini berlaku terutamanya dalam kalangan lelaki yang mempunyai ego yang kuat dan jika tidak bersungguh-sungguh, pasti tidak akan berjaya,” katanya. 

Irfan berkata, dalam pada itu, ada berita baik dalam sikap malas kerana zon selesa manusia berubah-ubah

“Jadi, apa yang anda perlu lakukan adalah keluar dari zon selesa sedikit demi sedikit. Pegang pada keadaan semasa yang baru. Lama kelamaan, zon selesa anda akan mengubah mengikut keadaan semasa anda. Sebagai contoh, anda membaca buku selama 30 minit setiap hari. 

“Lebih dari waktu kebiasaan itu, terus terasa malas (luar dari zon selesa anda). Anda perlu paksa diri anda keluar dari zon selesa itu secara perlahan, mungkin berganjak membaca selama 45 minit,” katanya. 

Irfan berkata, sehingga suatu peringkat, zon selesa akan mencapai tahap 45 minit dan jika ingin membaca lebih, latih diri untuk mengulangi proses sama hingga mencipta zon selesa baru.

Monday, October 22, 2012

Rokok naik 20 sen - Oktober 2012


British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan peningkatan 20 sen kepada harga semua rokoknya mulai hari ini.

“Kami dimaklumkan secara rasmi oleh Kastam Diraja Malaysia pada Khamis, 18 Oktober 2012, tentang kenaikan yang dimandatkan dalam harga luar kilang rokok-rokok kami antara 26 peratus hingga 58 peratus berkuat kuasa Jumaat, 19 Oktober 2012.

“Berikutan itu, cukai eksais dan jualan telah dinaikkan,” kata Pengarah Urusan BAT Malaysia, William Toh, dalam satu kenyataan.

BAT Malaysia adalah sebahagian daripada kumpulan British American Tobacco yang merupakan kumpulan syarikat tembakau antarabangsa terbesar dunia. – Bernama

Sunday, October 14, 2012

Petua Payudara Cantik dan Montok

Pilihan 1 : Wanita yang sudah bersalin akan mengalami masalah payudara menjadi kendur tidak bermaya seperti dahulu. Dapatkan beberapa helai daun sirih Melayu. Ianya berdaun lebar dan berwarna hijau. Sapukan minyak kelapa (seelok-eloknya dibuat sendiri) pada daun sirih. Salaikan menggunakan api lilin dan tekapkan pada payudara anda. Biarkan ia kering dan dibuat berulang kali.


Pilihan 2 : Kupas setengah biji labu dan masak sehingga menjadi lembik. Ramas labu tersebut ketika masih suam. Kemudian, sapukan pada seluruh payudara lebih kurang 20 minit. Lakukan 2 kali seminggu.

Pilihan 3: Sapukan putih telur pada sekeliling buah dada dan biarkan kering semalaman. Amalkan 3 kali seminggu.

Pilihan 4 :Amalkan meminum air kanji (air didih nasi) sebelum tidur malam.

Petua Meredakan Sakit Lutut

• Rehatkan sendi lutut. Bila mengalami kesakitan sebaiknya rehatkan lutut sebanyak mungkin. Contohnya 12 jam hingga 24 jam. Jangan memaksa menggunakannya kerana ini akan merosakkan lagi dalaman sendi lutut.

• Senaman. Bila sakit sudah tiada atau berkurangan, lakukanlah senaman setelah mendapat kebenaran dari doktor. Lakukanlah senaman yang lembut dan sederhana seperti berjalan-jalan, mengayuh basikal atau berenang. Senaman juga sangat penting untuk menguatkan otot di sekeliling sendi agar sendi akan lebih stabil. Jika sendi masih sakit dan bengkak elakkan senaman dahulu.



• Kurangkan berat badan. Berkeadaan obes dan berbadan berat akan membebankan sendi pinggul dan sendi lutut. Walaupun hanya sedikit kurang dalam berat badan, ia tetap dapat mengurangkan bebanan pada sendi tersebut.

• Memanaskan sendi. Memanaskan sendi dengan dengan menggunakan air suam dalam botol atau pad atau mandi air suam selama 20 minit sekali untuk beberapa kali sehari boleh membantu meredakan kesakitan.

• Ubat-ubatan. Ubat penahan sakit atau ubat anti radang sangat membantu mereda dan menghilangkan kesakitan. Ia boleh didapati dari klinik atau farmasi. Sekiranya ada gejala gastritis harus berjumpa dengan doktor terlebih dahulu. Krim panas juga boleh meredakan kesakitan.

• Gunakan alat bantu. Alat Bantu boleh membuat lebih mudah untuk menjalani harian anda tanpa menekankan sendi yang menyakitkan anda. Tongkat mungkin mengambil berat badan dari lutut anda atau pinggul sewaktu berjalan.

Petua Memicit Jerawat

Langkah 1 - Cuci tangan anda dahulu. Ini sangat penting dan pastikan anda cuci tangan dengan sabun, bersihkan bawah kuku. Ia untuk mengelakkan jangkitan dan mempercepatkan proses penyembuhan jerawat.


Langkah 2 - Cuci muka anda dengan pencuci muka yang ada bahan antibakteria seperti Oxy, Shebamed dan lain-lain. Jika wajah anda masih ada make-up, gunakan make-up removal dahulu. Kulit muka memang sentiasa ada bakteria (peluh dan make-up). Jika anda tidak bersihkan muka anda dahulu dan terus memicit jerawat, bakteria dari luar akan masuk ke dalam kulit.

Langkah 3 - Skrub di bahagian jerawat, urut lembut selama beberapa minit. Ini untuk membuang sel kulit mati dan memudahkan proses memicit jerawat.

Langkah 4 - Gunakan sarung tangan, sekurang-kurangnya lapik jari dengan tisu sebelum anda memicit jerawat. Ini untuk mengelakkan kecederaan yang boleh tinggalkan parut.

Langkah 5 - Cari ‘mata’ jerawat, picit di bahagian tepi jerawat untuk keluarkan isinya. Urut sedikit untuk memastikan isinya keluar. Jangan sentuh jerawat kecuali waktu anda ingin lapkan isi jerawat yang terkeluar. Jangan terlampau memicit. Dikhuatiri akan meninggalkan parut.

Langkah 6 - Dapkan toner ke bahagian jerawat, atau anda boleh juga gunakan Purifying Lotion untuk mengecutkan jerawat. Anda juga boleh steam muka dahulu sebelum memicit jerawat bagi membuka liang pori. Dengan cara ini akan memudahkan anda memicit jerawat.

NOTA: Jangan picit jerawat dengan kuku. Ia boleh menyebabkan jangkitan kuman yang ada pada jari dan masuk dalam jerawat anda.
— with Nanie Nms.

Rahsia Rambut LELAKI

Ilmu Firasat Melayu Lama –
Rahsia Rambut LELAKI




1. Rambut Lurus - Seorang lelaki yang bijak, selalu gembira, pandai bergaya, cepat cemburu, dan berpotensi dalam bidang kesenian.

2. Rambut Kerinting Tebal - Seorang lelaki yang kurang bijak, degil, cenburu kuat, romantik, banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung,

3. Rambut Kerinting Negro - Seorang lelaki yang bijak, ego, cemburu buta, romantik, memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah.

4. Rambut Ikal Mayang - Seorang lelaki yang bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaafkan seseorang dengan kesilapan lalu.

5. Rambut Halus/Lembut - Seorang lelaki yang bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh. cadangan bacaan : jenis-jenis seluar dalam lelaki

6. Rambut Sikit - Seorang lelaki yang bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang,ego, dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.

7. Rambut Perang - Seorang lelaki yang kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.

8. Rambut Tebal - Seorang lelaki yang bijak, degil, cemburu, romantik, kasar, banyak kawan, dan pandai mengambil hati seseorang.

9. Rambut Kusut - Seorang lelaki yang sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan.

Petua Untuk Hidup Bahagia

1. Tinggalkan sifat PEMARAH - Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

2. Tinggalkan sifat PENDENDAM - Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.




3. Tinggalkan sifat HASAD DENGKI - Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Tinggalkan sifat BAKHIL - Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tinggalkan sifat TAMAK - Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tinggalkan sifat TIDAK SABAR - Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

Petua Sentiasa Kelihatan Muda

1. Ingat Tuhan. Apa pun yang kita minta jangan sampai lupa pada siapa yang mencipta dan siapa juga yang memberikan kita nikmat itu. Nescaya apa yang diminta akan dikurniakan. Apakah layak untuk kita meminta sesuatu itu namun kita sendiri masih lupa pada siapa yang akan mengurniakan permintaan kita tersebut? “Duhai anakku sayang, janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan Allah itu betul-betul kezaliman yang besar.” (Surah Luqman, ayat 13)


2. Sentiasa tersenyum - Senyuman yang dilempar itu secara tidak langsung membuatkan orang sekeliling turut tersenyum kepada anda. Jangan lupa, mereka yang kerap kali muram dan masam muka, amatlah hodoh sekali bila dipandang.

3. Sentiasa bahagiakan diri - Jangan suka menimbulkan gaduh dengan orang lain. Banyakkan membantu mereka yang di dalam kesusahan. “Sesiapa yang bersedia memenuhi hajat saudaranya, Allah sentiasa bersedia untuk memnuhi hajatnya.” (Riwayat Ibn Abbas).

Petua Untuk Bibir Sentiasa Berseri

Ambil 1/3 cawan air kunyit hidup, 1/3 cawan santan kelapa yang pekat dan sedikit garam. Campurkan semua ramuan tersebut dan kacau rata-rata, minumlah setiap pagi. Dalam masa yang singkat, anda dapat melihat hasilnya.



Susah Sebelum Senang

1. Berjalan pada mulanya sukar bagi si anak kecil. Tetapi setelah dilatih dan beberapa kali jatuh, lama-kelamaan dapat juga si comel itu berjalan. Masalah yang sama juga terdapat dalam kehidupan. Oleh itu apabila menghadapi apa jua masalah, bersabar dan berusaha sehinggalah dapat diatasi.


2. Pada mulanya semua perkara kelihatan sukar. Tetapi setelah diulang-ulang, akhirnya ia akan kelihatan mudah. Semuanya dapat dilakukan tanpa berfikir panjang. Itulah resam hidup, apa pun susah sebelum menjadi senang. Prinsip yang sama boleh kita praktikkan dalam menguasai sesuatu perkara atau tugasan. Walaupun pada peringkat awal kelihatan sukar, namun kita perlu berusaha dan terus berusaha serta banyak membuat latihan. Dengan cara itu, apa yang pada mulanya kelihatan sukar akan menjadi lebih mudah kelak.

Petua Wanita Untuk Sihatkan Kaki

1. Kasut anda sepatutnya besar sedikit daripada kaki.
2. Selalu bertukar kasut dan ketinggiannya untuk mengelakkan sesetengah otot kaki tidak bergerak langsung.
3. Kerap buka kasut dan gerakkan kaki apabila berpeluang berbuat demikian untuk memberinya peluang bernafas.
4. Pakai kasut yang selesa bukan yang menyeksa untuk bergaya. 



5. Berkaki ayam di rumah. Ia baik untuk semua sendi, tulang dan otot kaki bekerja dengan seimbang.
6. Apabila lama duduk, pusing-pusingkan buku lali dan kaki untuk melancarkan pergerakan darah.
7. Biasakan berjengket jika menaiki tangga rumah.
8. Pusing-pusingkan bola tennis atau pingpong pada tapak kaki.
9. Letakkan pensel di atas lantai dan cuba ambil dengan jari kaki.
10. Urut selalu dengan kasut refleksi atau pengurut elektrik ataupun jari.

Petua Untuk Mengurangkan Mulut Kering

1. Hisap atau minum air tanpa gula dengan kerap.
2. Hirup sedikit air bersama makanan. Ini akan memudahkan anda mengunyah dan menelan makanan tersebut. 


3. Sapukan bibir dengan Vaseline.
4. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar
5. Elakkan minuman yang mengandungi kafein seperti kopi atau teh dan minuman berkarbonat.
6. Elakkan minuman alkohol.
7. Elakkan penggunaan tembakau.
8. Gunakan air liur gantian yang boleh diperolehi di farmasi.


Petua Badan Ringan dan Bertenaga

Pilihan 1: Minum campuran air rebusan serai, halia, kulit kayu manis, dan lada hitam. Amalkan meminum air ini setiap pagi dan badan akan menjadi ringan dan bertenaga.


Pilihan 2: Ambil sebiji telur ayam kampung, pecahkan dan kemudian hirup bersama dengan madu lebah asli. Seterusnya, rendamkan badan anda kolam atau bathtub selama 25 minit atau lebih

Petua Mengharumkan Bau Badan

Pilihan 1: Ambil anggaran 20 helai daun pandan dan kisar halus. Tapis dan ambil jus pandan untuk dicampurkan denagn sebaldi air untuk dibuat air mandian. Ketika mandi, basahkan tubuh dengan sebahagian air pandan ini terlebih dahulu. Kemudian gosokkan di bahagian ketiak. Amalkan sekurang-kurangnya sekali seminggu. Jika rajin amalkan, badan anda akan menjadi harum secara semulajadi.


Pilihan 2: Sapukan adunan tiga helai daun sirih dan sedikit tawas yang telah diramas sama, ke atas badan dan ketiak semasa mandi. Biarkan beberapa ketika dan bilas dengan air bersih.

Mengawal Perasaan Cemburu Gila

1. Apabila dirasuk perasaan cemburu, berfikirlah secara rasional dan matang. Apakah cemburu yang timbul itu adil terhadap pasangan anda? Jangan sesekali membenarkan fikiran anda merayau dan berfikir tentang perkara-perkara yang akan menambah burukkan emosi cemburu anda.



Sebagai contohnya, pasangan kekasih berjanji untuk berjumpa anda pada pukul 7 malam tetapi dia sms mengatakan akan lewat 2 jam kerana terpaksa menghabiskan kerja. Anda tahu kekasih anda terpaksa bekerja dengan seorang eksekutif wanita yang cantik dan belum berkahwin. Apabila diberitahu, anda akan dihujani dengan perasaan yang selalunya tidak masuk akal, lantas perasaan cemburu menjadi lebih membuak-buak. Perasaan anda yang pertama, mungkin kekasih anda tertarik kepada wanita ini dan oleh itu ingin menghabiskan masa bersamanya berbanding dengan anda.
Perasaan kedua, kekasih anda tidak bekerja lebih masa sebaliknya keluar dengan wanita ini kerana wanita ini lebih menarik daripada anda.

Perasaan ketiga, kekasih anda akan bersama dengan wanita ini di pejabat dan macam-macam boleh berlaku. Hentikan! Jika begini cara anda berfikir, anda membenarkan fikiran anda dikawal emosi dan setiap kali anda mengagak apa yang mungkin berlaku, hati terasa ingin pecah kerana cemburu.

2. Untuk mengawal emosi dengan fikiran, anda perlu berfikir begini. Ketika menerima sms daripada si teman, yakinkan diri anda dia seorang yang bertanggungjawab dan kuat bekerja untuk kebaikan anda berdua di hari muka. Balaslah sms beliau dengan mengatakan bahawa anda faham keadaannya dan akan menunggu tetapi jangan terlalu lambat. Batalkan temu janji dan harap-harap dapat bertemu lain kali kerana tidak bagus untuk menekankan teman yang sedang bekerja. Jadi dengan berfikiran positif, cemburu akan dapat diatasi dan teman anda akan lebih menyayangi kerana anda memahami. Seandainya terbukti pasangan anda menipu anda, sekurang-kurangnya anda telah mempercayainya dan segala pembohongan biar dia tanggung seorang.

3. Ingatlah, di dalam sesuatu perhubungan, cemburu itu amat bahaya. Pandai-pandailah bermain cemburu, jangan sampai merosakkan perhubungan anda berdua.

Petua Elak Kucing Berak Sesuka Hatinya

1. Jika anda terlihat tempat di mana kucing anda baharu sahaja berak, anda perlu membersihkannya segera. Kucing cenderung pergi ke tempat yang sama berulang-ulang kali. Oleh itu anda perlu bertindak segera. Setelah bersih, bilas dengan menggunakan sedikit air dan cuka masakan. Cuka membantu menghilangkan bau yang tidak menyenangkan.


2. Sediakan kawasan yang berpasir untuk kucing dan ajarkan mereka untuk menggunakannya dengan kerap. Kebanyakan kucing mempunyai kebolehan belajar dengan agak cepat.
cadangan membaca : tanaman penghalau nyamuk

3. Bau dari serai tidak disukai kucing. Anda boleh membeli beberapa produk berasaskan serai atau serai wangi di pasaraya berdekatan dan semburkan di kawasan di mana kucing sering berak di dalam rumah. Anda juga boleh letakkan sahaja di tempat yang strategik seperti di dalam bilik atau di dapur.


Kenapa Pasangan Lelaki Anda Sanggup Meninggalkan Anda?


1. Menurut sesetengah orang lelaki, sewaktu mula hangat bercinta dahulu, wanita biasanya amat prihatin dengan kecantikan diri, menghiasi diri dengan pakaian cantik, wangian yang menggoda dan mudah ketawa dengan lawak jenaka yang dibuat oleh kaum lelaki.



2. Sedang masa berlalu, wanita sudah mula bersifat sambil lewa, tidak kisah lagi pilihan pakaian yang sesuai, dan tidak menumpukan perhatian ketika lelaki sedang bercakap. Lawak jenaka yang sewaktu ketika dahulu berjaya menghasilkan senyuman tawa riang, sekarang hanya disambuti senyuman ala kadar dan cukup syarat.

3. Lelaki tidak akan meninggalkan wanita kerana wanita lain yang lebih cantik dan langsing. Lelaki sebenarnya amat memerlukan penghargaan dari seorang wanita. Penghargaan ini adalah ‘driving force’ dan juga penerimaan terhadap identiti diri seseorang lelaki.

Pendapat Sesetengah Orang Lelaki Mengenai Orang Perempuan

1. Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai perkara besar, contohnya soal pilih gerai makan. Wanita cerewet mengenai pemilihan gerai makan atau restoran sehingga suka tarik muka jika geraiatau restoran itu tidak berkenan di hati. Sedangkan lelaki anggap soal makan di mana sahaja boleh.

2. Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir.



3. Wanita suka sangat diberikan perhatian dan manja tidak bertempat dan sikap ini menyebabkan mereka sentiasa ‘syok sendiri’ dan suka dipuji. Jika tidak dipuji mereka akan merajuk.

4. Wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka, sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.

5. Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati dan bersikap tanggungjawab pada wanita. Wanita kena menerima hakikat itu.

6. Suka membeli-belah terlalu lama hingga membosankan lelaki. Itu sebabnya lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang suka sangat menghabiskan masa untuk tujuan itu.

7. Terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah ‘mengata dan mengutuk’.

8. Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.

9. Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising dan ini tidak bermakna mereka tidak prihatin kepada teman wanita atau anak dan isteri.

10. Lelaki tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal dan jika isteri atau teman wanita melakukan pengawalan itu pada lelaki, lelaki akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan wanita.

Petua Untuk Kecutkan Jerawat


Ambil seketul kunyit sebesar ibu jari dan tumbuk hingga lumat. Campurkan dengan bedak sejuk dan kacau rata. Kemudian, sapukan pada sekitar wajah anda. Biarkan selama 45 minit dan cuci hingga bersih. Amalkan selalu. Jerawat pada wajah anda akan mengecut dan wajah anda tampak jelita

Petua Untuk Mengawal Jerawat

1. Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk.

2. Jaga pemakanan anda. Elakkan makanan yang mungkin membuat jerawat lebih teruk. Setiap orang mempunyai alahan kepada jenis makanan yang berlainan dari orang lain.

Saturday, October 13, 2012

Petua Lelaki Bujang Bercinta Dengan Ibu Tunggal

Petua Untuk Lelaki Bujang Bercinta Dengan Ibu Tunggal

1. Jangan Terlalu Mendesak - Wanita ibu tunggal ini pastinya mempunyai trauma dalam perkahwinan mereka. Ada yang mungkin pernah dipukul oleh suami, menderita zahir dan batinnya serta lain-lain masalah yang timbul dalam perkahwinan terdahuluny. Justeru itu, jika anda mahu memiliki cinta mereka, jangan sesekali mendesak agar mereka dapat menerima anda di awal perkenalan mereka kerana trauma yang masih wujud akan membuatkan mereka sering berfikir banyak kali untuk perkahwinan keduanya. Mulakanlah perhubungan dengan niat yang baik dan jika anda sudah benar-benar memahami dirinya dan si dia juga sudah benar-benar mengenali diri anda, maka hubungan cinta itu boleh diteruskan.



2. Jangan Terarah Kepada Hubungan Seks Semata-mata - Umumnya, golongan lelaki sering memandang rendah kepada golongan ibu tunggal seolah-olah mereka terlalu dahaga mahu melakukan hubungan seks. Bagi wanita, cinta yang tulus ikhlas, sifat penyayang dan lain-lain situasi yang menyenangkan mereka adalah pandangan pada cinta pertama. Tidak semua wanita ‘dahagakan seks’ biarpun mereka telah lama putus hubungan di ranjang. Mungkin anda perlu menetapkan pendirian, apakah tujuan utama anda berkawan dengan ibu tunggal ini, semata-mata kerana seks atau anda benar-benar mencintainya dan mahu mengahwininya? Jika anda seorang Islam, ingat hubungan seks sebelum nikah itu haram. Jangan mengambil kesempatan ke atas kaum wanita.

3. Berterus-terang Dengan Keluarga - Jika anda mahu mengakhiri perhubungan ke jinjang pelamin, anda harus meyakinkan keluarga tentang wanita pilihan anda. Anda perlu berpendirian tetap kerana kebanyakan hubungan begini pasti akan mendapat tentangan. Jelaskan juga mengapa anda memilihnya dan apa baik buruknya telah anda kaji lebih mendalam. InsyaAllah, jika anda bertegas pada pendirian, pastinya hubungan itu akan berkekalan. Ini kerana golongan ibu tunggal adalah manusia biasa dan mereka juga punya hati dan perasaan yang perlu dijaga, bukannya disakiti selalu. Kalau perlu, buktikan juga kepada masyarakat khasnya sanak saudara yang akan masuk campur menjadi ‘nasi tambah’ jika anda mahu mengahwininya.
— with Rizky Setyo, Fairul Anuar Mohd, Faizan Hamdan, Khairul Amri Amri and Sug Geh.

Darah Tinggi Semasa Hamil Bukan Kerana Pemakanan

A. Ibu hamil yang menghidap darah tinggi tidak perlu memilih makanan kerana darah tinggi ini lain daripada darah tinggi yang biasanya dihidapi oleh orang yang tidak mengandung. Pendek kata ia tidak ada kena mengena dengan darah tinggi yang disebabkan makanan seperti pengambilan garam berlebihan.

Cadangan membaca : Saat kehamilan

B. Wanita hamil mengalami darah tinggi adalah disebabkan kehamilannya, uri dan bayi itu sendiri. Perkembangan uri sangat penting semasa proses kehamilan berlangsung. Di dalam uri terdapat banyak saluran darah. Tekanan darah berlaku apabila salur darah dalam uri (spiral arteri) tidak berkembang seperti sepatutnya (mengecut) dan menyebabkan darah tidak mengalir dengan sempurna. Jadi sebaik sahaja bayi dilahirkan, darah tinggi pada ibu mengandung itu akan turun.

Petua Ibu Hamil Kejang Betis

Seperti berlari, bermain tenis, atau hanya berdiri sepanjang hari boleh memenatkan otot anda sebegitu banyak sehingga ia kekejangan. Begitu juga kehamilan. Berat tambahan pada kaki anda selalunya mengakibatkan kekejangan otot kaki pada waktu malam, yang boleh mengejutkan anda dari tidur nyenyak. Kejang betis paling teruk akan berlaku pada trimester kedua dan ketiga. 

Petua Untuk Mengelak Botak

1. Untuk mengelakkan botak, anda disarankan mengamalkan pemakanan seimbang. Hampir 90 peratus komponen penting rambut adalah protein khususnya asid amino. Anda juga perlu mendapatkan garam galian terutama zat besi, zink, kalsium, magnesium dan kromium harian yang secukupnya. Rambut juga memerlukan vitamin A, B kompleks, C dan D untuk kekal sihat. 



2. Penjagaan dan kebersihan kulit kepala juga perlu diberi perhatian selepas seseorang mencecah usia akil baligh kerana kilang min¬yak yang terdapat pada setiap folikel rambut muka aktif. Oleh itu, golongan lelaki perlu membasuh rambut lebih kerap sekurang-kurangnya dua kali sehari.

3. Cara yang betul juga perlu dipraktikkan bagi mengelakkan rambut gugur. Caranya dengan membilas rambut dengan bersih setiap kali bersyampu dengan menggunakan syampu yang sesuai dengan kulit kepala. Elakkan menggaru kulit kepala dan digalakkan mengurut lembut kulit kepala bagi melancarkan perjalanan darah.

Petua Mencegah Sakit Kepala

Petua 1: Gunakan bantal yang tebal ketika anda tidur. Ini kerana bantal yang nipis akan menyebabkan ketegangan pada otot leher ketika tidur. Apabila keadaan ini berterusan, ia akan menyebabkan sakit kepala.

Petua 2: Dapatkan tidur waktu malam yang mencukupi dan nyenyak. Tidur yang nyenyak akan mengelakkan anda dari diserang sakit kepala. Tempat yang aman, sunyi dan tenteram akan menyumbang ke arah tidur yang nyenyak dan rehat yang mencukupi.

Petua 3: Jangan terlebih tidur. Tidur yang terlalu lama juga tidak baik untuk kesihatan anda. Terlebih tidur menyebabkan anda akan bangun dalam keadaan yang tidak bermaya, letih dan kurang semangat, seterusnya menyebabkan anda sakit kepala.







Petua 4: Kurangkan stress anda. Ini akan membantu anda mencegah sakit kepala akibat stress. Cara menghilangkan stress adalah melalui kaedah senaman, meditasi atau solat.

Petua 5: Berhenti merokok sekarang. Merokok boleh menjejaskan kepala anda dan kesannya amat dahsyat. Merokok akan menjejaskan keseluruhan fungsi anggota tubuh anda. Kesihatan anda akan lebih baik jika anda berhenti merokok, malah mencegah masalah sakit kepala yang anda alami.

Petua 6: Ambil seulas bawang putih dan dibelah dua. Kemudian tampalkan di sebelah kiri dan kanan kepala seperti menampal plaster. Biarkan sehingga sakit kepala hilang. Lakukanlah berulang kali jika anda sering sakit kepala. Dengan cara ini lama-kelamaan sakit kepala akan hilang.

Antara beberapa Faktor Yang Menyebabkan Sakit Kepala:
a. Kurang tidur atau terlalu banyak tidur.
b. Kecederaan pada kepala/pos-traumatik.
c. Berlaku jangkitan di kepala atau leher.
d. Demam selsema yang biasa, influenza
e. Demam yang disebabkan oleh virus.
f. Pendedahan terhadap bahan kimia atau pencemaran.

Petua Mengurangkan Dagu Berlapis

A. Cuba jangan membongkok atau tunduk ketika duduk, berdiri atau berjalan. Pastikan belakang tegak mendagu sentiasa.

B. Jaga pemakanan supaya tidak berlebihan. Orang gemuk lebih mudah mendapat dagu berlapis.

C. Urut dagu menggunakan pergerakan dari bawah ke atas. Urutan boleh membantu mengetatkan otot dan merangsang peredaran darah.





D. Lakukan senaman dagu dan leher bila-bila ada waktu yang terluang. Waktu yang terbaik ialah pagi sebaik bangun dari tidur, malam ketika menonton tv atau ketika di pejabat.

Senaman Dagu

1. Berdiri tegak dan lihat ke hadapan. Menggunakan belakang telapak tangan, lakukan pergerakan menyepak bergilir-gilir dengan tangan kiri dan kanan. Lakukan sebanyak 40 kali.

2. Berdiri tegak dan lihat ke hadapan. Jelirkan lidah sepanjang yg boleh. Ulangi sebyk 10 kali. Pasti kita akan alami kesannya kerana otot di bahagian leher akan berasa tegang dan ketat.

3. Menggunakan otot muka dan leher, cuba angkat bahagian bawah bibir melewati bibir atas sejauh yang boleh. Ulangi sebanyak 10 kali

Petua Untuk Merampingkan Badan

Ramai yang bercita-cita untuk merampingkan badan. Ini adalah kerana seluar ataupun baju ketat ataupun sudah tidak dapat dipakai, berikut adalah tips merampingkan badan


1. Berjalan kaki, sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari. Jika asyik naik lif di pejabat atau rumah, cubalah naik dan turun dengan tangga.

2. Minum air kosong lapan gelas sehari. Ia membantu membuang toksin daripada badan. Segelas air kosong juga boleh diambil sebelum makan kerana ia memberikan rasa kenyang sekali gus menghindarkan diri daripada rasa lapar berlebihan.

Jangan Menunggu Untuk Bermula

Hampir semua orang tidak mahu menunggu untuk berjaya. Tetapi, pada masa yang sama, mereka sanggup menunggu untuk mula melangkah ke arah kejayaan. Nampakkah anda masalahnya di sini? Lagi lama anda menunggu untuk bermula, lama lagi untuk anda menjana wang, kejayaan dan gaya hidup yang anda mahukan. 








Ramai orang yang menunggu sehingga semuanya sempurna sebelum mereka bertindak. Oleh sebab itu, mereka tidak akan bergerak dan tidak akan mendapat ganjarannya. Tiada perlumbaan yang akan dimenangi (atau diakhiri) oleh seseorang yang tidak melepasi garis permulaaan. Jangan menunggu untuk bertindak. Mulakan hari ini dengan melangkah ke arah kejayaan.

Jangan menunggu sehingga ke hari tua


Petua Untuk Berhenti Merokok

1. Melengah-lengahkan - Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga.

2. Tarik Nafas Panjang - Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya 3 kali dengan perlahan-lahan.

3. Banyak Minum Air - Minum air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.

4. Buat Sesuatu - Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar atau makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.

5. Kunyah Sesuatu - Kunyah sesuatu seperti gula-gula getah, lobak merah, buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.

6. Mandi atau Basuh Tangan - Sekiranya anda berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.

7. Melakukan Senaman Regangan - Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.

8. Memohon Doa - Mohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya

Petua Merasa Garam dalam Masakan


Caranya ialah dengan meletakkan kuah di atas jari anda. Jika kuah itu tidak meleleh, ini menandakan masakan anda itu cukup masinnya. Tetapi jika jari anda terasa perit, bermakna masakan anda itu terlebih garamnya.

Petua Untuk Mempunyai Sifat Sabar





1. Jangan terlalu memikirkan mengenai masalah, sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.

2. Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara ini lebih teruklah keadaan anda nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.

3. Jangan fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan.

4. Terimalah hakikat betapa sukarnya untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa. Pastikan bahawa anda bersikap adil dan wajar dan biarkan masa menentukannya.

5. Jangan fikir anda mengetahui benar apa yang terbaik untuk orang lain.

6. Terimalah hakikat sementara anda boleh terus cuba memujuk, tetapi akan menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan mereka melakukan apa yang anda hendakkan. Ini tentunya mencetuskan ketidaksabaran ke atas kedua-dua pihak.

7. Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang tidak bersetuju dengan anda, mereka bersifat tidak wajar terhadap anda.

8. Terimalah hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan yang dikemukakan. Anda mengharapkan mereka membenarkan anda mendapat hak yang sama itu.

9. Jangan fikirkan mengenai semua perkara buruk yang akan berlaku ke atas diri anda.

10. Terimalah keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa rehatnya. Cuba lihat di luar daripada diri anda.

11. Bersimpati terhadap orang lain akan membantu anda bersifat lebih sabar.

12. Jangan fikirkan bahawa sifat yang tidak menentu itu dalam diri seseorang adalah terlalu penting.

13. Terimalah hakikat kadangkala diri kita yang baik inipun boleh mengalami sifat berubah-ubah atau tidak menentu itu. Hadapilah dengan tenang dan cubalah kawal sifat berubah-ubah diri anda itu

Petua Untuk Menghapus atau Membunuh Kutu Rambut

Pilihan 1: Ambil 4 ulas bawang putih dan tumbuk hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama 3 sudu makan minyak kelapa. Lumurkan rata pada keseluruhan rambut dan biarkan selama lebih kurang 15 minit. Selepas itu sikat dengan penyikat kutu.

Pilihan 2: Gosok buah belimbing ke seluruh rambut dan kulit kepala. Biarkan kira-kira 5-10 minit dan bilas dengan air bersih. Rambut kembali sihat dan bebas kutu jika rajin mengamalkannya.

Pilihan 3: Ambil beberapa biji ubat gegat dan tumbuk hingga halus. Campurkan ubat gegat itu dengan setengah cawan minyak kelapa/minyak masak. Sapu seluruh kepala dan balut kepala dengan kain. Selepas 15 minit, bilas rambut.

Pilihan 4: Ambil cuka putih dan sapukan cuka putih pada rambut. Biarkan selama 2-3 jam. Balut kepala anda dan sikat kepala anda menggunakan sikat kutu. Bilas kepala anda. Amalkan pilihan petua ini setiap 3 hari sekali sehingga kulit kepala bebas dari serangan kutu rambut.

Pilihan 5: Sapukan mayonis pada rambut. Biarkan selama 2-3 jam. Balut kepala anda dan sikat kepala anda menggunakan sikat kutu. Bilas kepala anda. Amalkan pilihan petua ini setiap 3 hari sekali sehingga kulit kepala bebas dari serangan kutu rambut.

Pilihan 6: Sapukan minyak zaitun pada rambut. Biarkan selama 2-3 jam. Balut kepala anda dan sikat kepala anda menggunakan sikat kutu dan bilas kepala anda. Amalkan pilihan petua ini setiap 3 hari sekali sehingga kulit kepala bebas dari serangan kutu rambut.

Pilihan 7: Sapukan sedikit minyak tanah pada rambut dan bungkus kira-kira 15 minit. Selepas itu syampu rambut anda

Petua Agar Rumahtangga Anda Boleh Tahan Lama

Petua Agar Rumahtangga Anda
Boleh Tahan Lama

1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.
2- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.
3- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.
4- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
5- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.


Cadangan membaca :  Petua Menjadi Suami Yang Disayangi Isteri



6- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.
7- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia
8- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka
9- Pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga. Ini untuk merapatkan hubungan dan kemesraan

Petua Mencantikkan Muka


1. Ambil kulit telur dan bersihkanlah.
2. Kemudian, kisar kulit telur sehingga halus seperti debu.
3. Seterusnya, campurkan dan kacau debu tersebut dengan bedak sejuk dan air suam hingga sebati.
4. Sapukanlah campuran tersebut ke muka anda. Tetapi, pastikan muka anda dibersihkan terlebih dulu.

Petua Elak Sawang Labah-Labah


1. Lazimnya di bahagian penjuru tertentu atau sudut rumah kita dapat lihat terdapat sawang atau sarang labah-labah. Setiap kali dibersihkan, tidak beberapa lama kemudian akan muncul semula sawang yang baru. Ikut petua tradisional ini untuk mengelakkan labah-labah membuat sawang.

2. Mula-mula bersihkan sawang labah-labah itu dengan penyapu seperti biasa. Setelah itu, celup sehelai kain dengan sedikit minyak tanah dan lapkan pada bekas sawang tersebut. Dengan adanya bau minyak tanah, labah-labah tidak akan mendekati tempat itu lagi dan hasilnya tempat itu tidak akan bersawang lagi

Petua Mengenali Madu Lebah Asli

Ada yang membeli madu mendapati, madu yang dibeli bukanlah yang sebenar ataupun asli, tetapi ianya tiruan. Kebanyakannya, madu tiruan ini mempunyai ciri-cirinya.

cadangan membaca : tip menyimpan rempah ratus


Koleksi Petua Untuk Redakan Sakit Gigi





1. Bawang Putih - Hancurkan bawang putih dan campurkan dengan garam. Letakkan pada bahagian gigi yang sakit beberapa minit.

2. Cengkih - a. Rebus cengkih, lebih kurang 2 cengkih untuk segelas air. b. Buat minyak cengkih. Ambil beberapa biji cengkih, minyak dalam 5 sudu, panaskan beberapa minit. Kemudian jadikan minyak sapu untuk gigi yang sakit.

3. Bawang Merah - Kunyah bawang merah mentah beberapa kali. Tertakluk pada keadaan kesakitan, kalau terlalu sakit, kunyah banyak biji di antara 6 hingga 8 biji sehari.

4. Garam - Kumur air garam ketika sakit gigi. Anda juga letak sedikit garam halus pada ubat gigi. Ia boleh meredakan sakit gigi serta menguatkan gigi anda.

5. Serbuk Lada - Campurkan serbuk lada dengan garam. Seterusnya, gosok pada gigi yang sakit. Ia juga baik untuk anda yang memiliki gigi sensitif.

6. Buah Limau - Buah limau dikatakan mempunyai kandungan vitamin c yang tinggi. Ia amat sesuai dijadikan pembantu redakan sakit gigi.

ShareThis

Lagi Info Menarik

.. ..

My Blog List